SYARAT PENDAFTARAN KAD HIJAU

Individu wajib berdaftar sebagai personel binaan berdasarkan syarat seperti berikut:

1). Memiliki dokumen pengenalan diri seperti

berikut:

     a) Kad Pengenalan Malaysia.

     b) Passport dengan permit kerja yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia.

     c) Pas IMM13P.

2). Berumur 16 tahun dan ke atas.

3). Mempunyai sijil keselamatan seperti:

     a) Kursus induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (SICW);

     b) e-Learning Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (eSICW);

     c) eSICW CIDB Holdings (eSICW CIDBH); atau 

     d) Sijil/passport keselamatan yang diiktiraf CIDB.

4). Melaksanakan kerja-kerja pembinaan.

5). Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB.

 

Nota:

Personel binaan dilindungi sehingga 70 tahun di bawah Pelan Perlindungan Personel Binaan Berkelompok CIDB. 

 

TEMPOH PENDAFTARAN 

1. Kad Pengenalan Malaysia:

  1. Tempoh pendaftaran adalah minimum, 1 tahun sehingga maksimum, 5 tahun bagi permohonan baru/pembaharuan. 
  2. Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon.

2. Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) / Pas Penggajian (EP):

      Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit.

3. IMM13P 

      Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas.

Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.

Sila Hubungi

 
019-335 0299

NNS Business Management adalah syarikat konsultan, perunding dan pengurusan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan servis pendaftaran serta pembaharuan lesen CIDB, MOF dan Kad Hijau kepada kontraktor atau syarikat secara Profesional.

Facebook : NNS.Management / Lesen Kontraktor Murah
TikTok : NNSManagement
© Copyright NNS Business Management