TAKRIF LESEN CIDB

Takrif Lesen CIDB yang pihak Kontraktor perlu ambil berat dan patuhi.

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau

CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan.

Semua maklumat/dokumen yang dikemukakan kepada CIDB adalah menjadi milik CIDB. CIDB mempunyai hak untuk mengguna dan menzahirkan maklumat-maklumat tersebut dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan dan kepentingan industri pembinaan.

 

Berikut adalah jenis jenis takrif:

       

 

Lesen CIDB amat penting untuk setiap kontraktor berdaftar kerana jika syarikat kontraktor melakukan kerja-kerja pembinaan tanpa ada lesen akan dikenakan tindakan oleh pihak CIDB.

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan untuk memilih kami menguruskan dan daftar lesen CIDB untuk syarikat tuan-puan kerana kami ada harga promosi yang sangat rendah!