PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)

Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) ialah sijil yang memerakui bahawa 

syarikat kontraktor itu telah berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) secara sah. Perakuan Pendaftaran Kontraktor adalah WAJIB bagi syarikat kontraktor sekiranya terlibat dengan kerja-kerja pembinaan. Selain daripada itu, jika anda mahu memohon sijil ini pastikan syarikat anda telah berdaftar dengan Suruhanjaya Malaysia secara sah. 

 

Contoh Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)

 

KEPENTINGAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)

  • Mendaftar sijil ini dapat mengelakkan daripada didakwa dan dikenakan denda oleh pihak CIDB. Denda yang dikenakan adalah tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
  • Dapat memberi keyakinan yang lebih kepada pelanggan ketika berurusan kerana syarikat anda telah berdaftar dengan CIDB secara sah

Cara-cara membuat permohonan pembaharuan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor.

Jika pertama kali membuat pembaharuan sijil Perakauan Pendaftaran Kontraktor (PPK) anda perlu memiliki 2 sijil ini iaitu Kursus Integriti dan Pengurusan Bisnes. 2 Sijil ini juga diperlukan jika anda ingin membuat permohonan pertama kali untuk kesemua Lesen CIDB (PPK, SPKK, dan STB). Selain daripada itu, Permohonan pembaharuan bagi melanjutkan tempoh Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) akan diluluskan berdasarkan jumlah mata CCD.

 

Kesimpulanya, memiliki sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) bukan sahaja penting dari segi kepatuhan undang-undang, tetapi ia juga dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan dalam industri pembinaan. Oleh itu adalah penting bagi kontraktor untuk memastikan bahawa mereka mendaftar dengan CIDB secara sah.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar lesen CIDB, anda boleh HUBUNGI kami segera !!

https://wa.me/60193350299 (Alya)

https://wa.me/60182401892 (Nadia)