KURSUS SICW CIDB: WAJIB UNTUK DAFTAR KAD HIJAU?

Apa Itu Kursus SICW?

SICW (Safety Induction Course for Construction Workers) ialah kursus induksi keselamatan untuk pekerja dalam industri pembinaan. Kursus ini penting bagi individu yang ingin bekerja di tapak bina dan berkaitan dengan keperluan pendaftaran Kad Hijau CIDB (Kad Personel Binaan).

☎️ Perlukan Kad Hijau CIDB dengan cepat dan mudah?

Kenapa Perlu Ikuti Kursus SICW?

Kursus SICW memberikan pengetahuan asas kepada pekerja tentang keselamatan di tapak bina. Antara perkara yang dipelajari termasuk:

  • Keselamatan dan kesihatan di tapak bina
  • Risiko dan bahaya ketika bekerja
  • Penggunaan peralatan keselamatan (PPE)
  • Amalan kerja yang selamat
  • Tanggungjawab pekerja terhadap keselamatan

Adakah SICW Diperlukan Untuk Kad Hijau CIDB?

Ya, pemohon perlu mempunyai sijil keselamatan yang diiktiraf CIDB, antaranya SICW atau sijil keselamatan lain yang diterima oleh CIDB. Sijil ini diperlukan bagi memenuhi keperluan pendaftaran Kad Hijau CIDB (Kad Personel Binaan). Mengikuti Kursus SICW sahaja tidak bermaksud anda sudah mempunyai Kad Hijau CIDB. Anda masih perlu membuat permohonan pendaftaran dengan CIDB. Ramai yang salah faham, “Saya pernah menyertai Kursus SICW, tetapi kenapa nama saya tiada dalam sistem?” Jom, NNS terangkan prosesnya.

Mudah faham:

Proses 1
Kursus SICW → Sijil Keselamatan → Permohonan Kad Hijau CIDB

Proses 2
Permohonan Diluluskan → Pas Sementara (Temporary Pass) → Kad Hijau Dihantar Kepada Pemohon

☎️ WhatsApp kami hari ini untuk semakan dan sebut harga 


Siapa Yang Perlu Ambil Kursus SICW?

Kursus ini sesuai untuk individu yang:

  • Bekerja dalam industri pembinaan 
  • Akan bekerja di tapak bina
  • Baru ingin memasuki bidang pembinaan 
  • Ingin membuat Kad Hijau CIDB
  • Pelatih Industri (intern dalam bidang pembinaan)

Kenapa Ramai Memilih Servis Kami?

Ramai pekerja binaan memilih NNS kerana kami membantu menguruskan proses pendaftaran atau pembaharuan Kad Hijau CIDB yang mungkin melibatkan beberapa langkah yang rumit. Namun, dengan bantuan NNS, urusan anda menjadi lebih mudah, cepat dan tersusun. Kami bantu uruskan dari A-Z.

Soalan Lazim 

Apa maksud SICW?
SICW ialah Safety Induction Course for Construction Workers, iaitu kursus keselamatan untuk pekerja binaan.

Adakah SICW sama dengan Kad Hijau CIDB?
Tidak. SICW ialah kursus keselamatan, manakala Kad Hijau CIDB ialah pendaftaran Personel Binaan.

Selepas ambil SICW, terus dapat Kad Hijau?
Tidak. Selepas memenuhi keperluan kursus, anda masih perlu membuat permohonan Kad Hijau CIDB.

Boleh NNS bantu buat Kad Hijau CIDB?
Ya. NNS boleh membantu dan membimbing anda dalam urusan berkaitan pendaftaran dan pembaharuan Kad Hijau CIDB.

Nak Daftar Atau Perlukan Bantuan Untuk Renew Kad Hijau CIDB?

Jangan tunggu sampai diperlukan baru nak uruskan. Serahkan kepada NNS Business Management untuk uruskan proses yang mudah, murah, dan pantas. 

☎️ Kad Hijau CIDB anda hampir tamat tempoh?
☎️ Nak daftar Kad Hijau CIDB tetapi tidak pasti syarat yang diperlukan?
☎️ Hubungi kami hari ini untuk semakan dan bantuan pendaftaran Kad Hijau CIDB

Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.

Sila Hubungi

 
019-335 0299

NNS Business Management adalah syarikat konsultan, perunding dan pengurusan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan servis pendaftaran serta pembaharuan lesen CIDB, MOF dan Kad Hijau kepada kontraktor atau syarikat secara Profesional.

Facebook : NNS.Management / Lesen Kontraktor Murah
TikTok : NNSManagement
© Copyright NNS Business Management