Pendaftaran dan Pembaharuan Lesen CIDB

  • NNS Business Management menawarkan perkhidmatan kepada para kontraktor untuk membuat pendaftaran baru dan pembaharuan lesen CIDB. (Daftar Lesen CIDB)
  • Servis yang dijalankan secara atas talian bagi memudahkan urusan pelanggan. 
  • Antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk lesen CIDB merangkumi Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Pelanggan boleh mendaftar atau membuat pembaharuan mengikut gred iaitu G1 hingga G7. 
Image
Image
Image

Gred Pendaftaran Kontraktor CIDB. Setiap kontraktor akan didaftarkan oleh CIDB mengikut gred pendaftaran berdasarkan kepada keupayaan dan kemampuan kontraktor memenuhi syarat-syarat kriteria pendaftaran kontraktor yang telah ditetapkan. Gred pendaftaran kontraktor adalah untuk menentukan had keupayaan menender / menjalankan kerja

Image

INFO LANJUT
Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan.

Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor

Kontraktor yang ingin memperbaharui lesen CIDB kali pertama perlu mempunyai Sijil Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor. Untuk mendapatkan sijil ini kontraktor perlu mengambil kuiz dan peperiksaan terlebih dahulu.

Syarat-syarat Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor

Peserta yang layak untuk mendaftar kursus ini adalah :

  • Kontraktor G1-G7 yang baru berdaftar lesen CIDB
  • Hanya kontraktor tempatan dan warganegara sahaja yang boleh mengambil kursus ini

Kriteria Ujian Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor

  • Soalan setiap ujian mempunyai 40 soalan dan peserta dikehendaki menjawab semua soalan.
  • Peserta diberi masa selama satu jam untuk menjawab soalan.
  • Markah keseluruhan adalah 100% dan untuk lulus ujian adalah sebanyak 70% markah.
Image

Kursus Pengurusan Bisnes (SKP)

Para kontraktor yang ingin memperbaharui lesen CIDB kali pertama perlu mempunyai Sijil Kursus Pengurusan Bisnes dahulu. Peserta perlu lulus kuiz dan peperiksaan untuk mendapatkan sijil.

Syarat-syarat Kursus Pengurusan Bisnes
Peserta yang layak untuk mendaftar kursus ini adalah pemilik atau pengarah syarikat kontraktor gred G1 hingga G3 yang tidak mempunya sijil teknikal atau personel teknikal dalam bidang pembinaan.

Kriteria Ujian Kursus Pengurusan Bisnes 
  • Soalan setiap ujian mempunyai 60 soalan dan peserta dikehendaki menjawab semua soalan.
  • Peserta diberi masa selama dua jam untuk menjawab soalan.
  • Markah keseluruhan adalah 100% dan untuk lulus ujian adalah sebanyak 70% markah.
Image

Kursus Mata CCD

Permohonan pembaharuan untuk melanjutkan tempoh perakuan pendaftaran kontraktor akan diluluskan berdasarkan jumlah mata CCD yang dikumpulkan dalam tempoh berkuatkuasanya sijil pendaftaran semasa. Hanya mata CCD yang diperolehi oleh pemilik atau pengarah atau pekerja syarikat yang digajikan atau sijil yang diperolehi oleh syarikat akan diambilkira.
Image
TQ NNS Team, fast work and friendly.. It's very helpful, for those who want to register with CIDB, ​​you can deal with them.. Hope the NNS Team continues to progress and continue to help those out there

Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.

Sila Hubungi

 
019-335 0299