APA ITU MOF DAN e-PEROLEHAN ?

1. MOF 

  • MOF merujuk kepada Ministry Of Finance atau dalam bahasa Melayu Kementerian Kewangan Malaysia. Segala permohonan yang dibuat di dalam sistem eperolehan akan disemak dan diluluskan oleh pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia. 
  • Setelah permohonan diluluskan, anda akan diberikan sijil akuan pendaftaran syarikat sebagai bukti syarikat anda telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

2. E-PEROLEHAN 

  • Eperolehan pula merupakan satu sistem atas talian dibawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia bagi menguruskan segala hal permohonan bekenaan lesen MOF dan eperolehan Malaysia.
  • Sistem ini dibangunkan oleh sebuah syarikat iaitu Commerce Dot Com sdn bhd (CDC).
  • Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan pembekal untuk berurusan secara atas talian menggantikan cara manual yang diamalkan sebelum ini.

3. INFO PENTING 

Antara daftar MOF dan e-perolehan mana yang perlu buat dahulu?

  • Mendapat eperolehan terlebih dahulu.
  • Eperolehan Malaysia adalah satu sistem yang perlu di akses oleh pembekal untuk memohon lesen MOF.
  • Setelah permohonan dihantar melalui sistem eperolehan, syarikat yang telah melepasi syarat akan diberikan kelulusan sijil oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Akan menerima lesen MOF yang boleh didapati dari sistem eperolehan.
  • Permohonan berkaitan pindaan maklumat pada lesen MOF perlu dikemukan melalui sistem eperolehan.
  • Sistem eperolehan mengeruskan segala hal berkenaan tender atau sebut harga.
  • Setiap syarikat akan memiliki id log masuk untuk mengakses sistem eperolehan.
  • Iklan tender dan sebut harga juga boleh didapati di dalam sistem eperolehan. 

 

Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.

Sila Hubungi

 
019-335 0299

NNS Business Management adalah syarikat konsultan, perunding dan pengurusan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan servis pendaftaran serta pembaharuan lesen CIDB, MOF dan Kad Hijau kepada kontraktor atau syarikat secara Profesional.

Facebook : NNS.Management / Lesen Kontraktor Murah
TikTok : NNSManagement
© Copyright NNS Business Management