MOF dan ePerolehan sering menjadi persoalan bagi syarikat yang ingin menawarkan produk atau perkhidmatan kepada kerajaan. Secara ringkas, MOF berkaitan dengan pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia, manakala ePerolehan ialah sistem atas talian yang digunakan untuk urusan perolehan kerajaan.
Apa Itu MOF?
MOF ialah singkatan kepada Ministry of Finance, iaitu Kementerian Kewangan Malaysia. Permohonan pendaftaran MOF dibuat melalui sistem ePerolehan dan akan disemak oleh pihak yang berkaitan. Setelah permohonan diluluskan, syarikat akan menerima Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sebagai bukti pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia. (Contoh Sijil MOF Biasa)

Apa Itu ePerolehan?
ePerolehan ialah sistem atas talian dibawah Kementerian Kewangan Malaysia yang memudahkan pembekal menguruskan urusan berkaitan perolehan kerajaan secara online. Melalui sistem ini, syarikat boleh menguruskan perkara berkaitan pendaftaran MOF, kemas kini maklumat serta melihat peluang tender dan sebut harga kerajaan yang berkaitan.

Mana Perlu Daftar Dahulu, MOF atau ePerolehan?
Secara ringkas, ePerolehan digunakan untuk membuat permohonan pendaftaran MOF. Prosesnya melibatkan:
- Membuat permohonan melalui sistem ePerolehan.
- Permohonan disemak oleh pihak berkaitan.
- Setelah diluluskan, syarikat menerima sijil pendaftaran MOF.
- Syarikat boleh menggunakan akaun ePerolehan untuk urusan berkaitan tender dan sebut harga kerajaan.
☎️ Nak daftar MOF tapi tak tahu nak mula dari mana? WhatsApp NNS Business Management sekarang
Kenapa Perlu Daftar MOF?
Pendaftaran MOF penting bagi syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan dan berurusan dengan Kerajaan Persekutuan. Dengan pendaftaran yang sesuai, syarikat boleh mengambil bahagian dalam peluang perolehan kerajaan mengikut bidang dan syarat yang ditetapkan.

☎️ Hubungi NNS Business Management untuk semakan awal dan sebut harga.
Soalan Lazim
Apakah MOF dan ePerolehan sama?
Tidak. MOF ialah Kementerian kewangan Malaysia, manakala ePerolehan ialah sistem atas talian yang digunakan untuk menguruskan urusan perolehan kerajaan.
Boleh ke daftar MOF tanpa ePerolehan?
Permohonan pendaftaran MOF dibuat melalui sistem ePerolehan. Oleh itu, ePerolehan digunakan sebagai platform untuk proses permohonan tersebut.
Berapa lama pendaftaran MOF sah?
Pendaftaran MOF biasanya mempunyai tempoh sah 3 tahun dan boleh diperbaharui.
Perlukan bantuan untuk daftar MOF?
NNS Business Management membantu menguruskan pendaftaran dan pembaharuan MOF serta urusan berkaitan ePerolehan. Hubungi kami hari ini untuk semakan keperluan syarikat anda dan dapatkan bantuan untuk urusan MOF.