Ramai orang yang baru ceburi bidang pembinaan menyangka bahawa apabila sudah mempunyai lesen CIDB, mereka akan terus mudah mendapat projek kerajaan.
Sebenarnya, lesen CIDB hanyalah syarat asas untuk memasuki dunia tender dan sebutharga kerajaan, terdapat beberapa lagi syarat penting yang perlu dipenuhi oleh kontraktor. Semua syarikat kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan diwajibkan mendaftar dengan CIDB dan mendapatkan gred kontraktor seperti G1 hingga G7. Gred ini menentukan nilai maksimum projek yang boleh diambil oleh syarikat tersebut.
Walaubagaimanapun, memiliki lesen CIDB sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan projek kerajaan. Kebanyakan projek kerajaan memerlukan kontraktor mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK). SPKK merupakan sijil yang membolehkan kontraktor menyertai tender dan sebutharga kerajaan mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Selain SPKK, sesetengah tender juga memerlukan Sijil Taraf Bumiputera (STB) bagi projek khas untuk kontraktor bumiputera.
Bagi kontraktor baru, cabaran terbesar bukanlah mendapatkan lesen CIDB tetapi mendapatkan projek pertama. Ramai yang mempunyai lesen aktif tetapi masih sukar memasuki pasaran kerana kurang pengalaman yang tiada rekod kerja. Dalam industri pembinaan, reputasi dan pengalaman memaikan peranan yang sangat besar. Disebabkan itu, ramai kontraktor memulakan perjalanan mereka dengan mengambil projek kecil seperti kerja penyelenggaraan sekolah, kerja baik pulih pejabat kerajaan, projek pihak berkuasa tempatan atau kerja subkontraktor di bawah kontraktor utama.
Sistem tender kerajaan di Malaysia pula banyak dijalankan secara online melalui ePerolehan Malaysia. Melalui platform ini, kontraktor boleh mencari tender, membeli dalam tender dan menghantarpenyertaan secara digital. Namun begitu, persaingan dalam tender kerajaan agak tinggi kerana banyak syarikat bersaing untuk mendapatkan projek yang sama. Oleh itu, syarikat yang mempunyai dokumen lengkap, kewangan stabil dan pengalaman projek biasanya mempunyai peluang lebih baik untuk dipilih.
Selain faktor dokumen dan kewangan, networkingjuga sangat penting dalam industri pembinaan. Ramai kontraktor berjaya membina syarikat mereka melalui hubungan baik dengan konsultan, arkitek, supplier dan kontraktor utama. Dalam banyak keadaan, kontraktor baru lebih mudah memulakan langkah sebagai subkontraktor sebelum berjaya mendapatkan tender sendiri secara terus daripada kerajaan .
Secara keseluruhannya, lesen CIDB merupakan langkah pertama untuk memasuki industri pembinaan, tetapi ia bukan jaminan automatik untuk medapatkan projek kerajaan. Kontraktor yang ingin berjaya perlu memahami proses tender, melengkapkan sijil yang diperlukan, dengan membina pengalaman projek dan menjaga reputasi syarikat dari semasa ke semasa. Dengan kesabaran dan strategi yang betul, ramai kontarktor kecil akhirnya berjaya berkembang daripada mengambil projek kecil kepada projek kerajaan bernilai tinggi.
Jika anda ingin mendaftar atau menaik taraf kelas kontraktor, anda boleh mendapatkan bantuan dan konsultasi daripada pihak kami iaitu NNS BUSINESS MANAGEMENT.
https://wa.me/60193350299 ( WAHIDA )
https://wa.me/60182401892 ( NADIA )
