DEFINISI KONTRAKTOR DAN KERJA PEMBINAAN

Apa Itu Kontraktor?

Menurut CIDB, kontraktor ialah seseorang yang menjalankan atau menyiapkan, atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan. Seseorang juga boleh dianggap sebagai kontraktor sekiranya telah menerima kontrak, menguruskan atau melaksanakan kerja pembinaan, melainkan dibuktikan sebaliknya.

Apa Itu Kerja Pembinaan?

Kerja pembinaan mempunyai skop yang luas. Ia termasuk pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyelenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan dan perobohan. Kerja pembinaan merangkumi pelbagai jenis kerja seperti:

  • Pembinaan, perobohan, pembaharuan dan pengubahsuaian.
  • Pembaikan, pemasangan, penyambungan dan perombakan.
  • Kerja persediaan seperti pemindahan tanah, penyelidikan dan pembaikan tanah, pembersihan tapak, peletakan batu asas dan penggalian.
  • Perolehan kelengkapan, bahan binaan atau pekerja yang diperlukan untuk kerja pembinaan.
  • Pembinaan bangunan, struktur, dinding, pagar dan cerobong.
  • Kerja jalan, pelabuhan, laluan kabel, terusan dan padang terbang.
  • Kerja kawalan sungai, saliran dan tali air.
  • Kerja elektrik, air, mekanikal, gas, telekomunikasi dan petrokimia.
  • Pembinaan jejambat, empangan, jambatan, kerja tanah, takungan, salur najis, talian paip, pembentung, akueduk, syaf, terowong dan kerja penebusgunaan.

☎️ Perlukan bantuan menguruskan pendaftaran CIDB? Hubungi NNS Business Management untuk semakan awal 

Adakah Kontraktor Perlu Berdaftar dengan CIDB?

Secara umum, kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan di Malaysia perlu berdaftar dengan CIDB, tertakluk kepada pengecualian yang ditetapkan di bawah Akta 520. CIDB menyatakan bahawa pendaftaran kontraktor adalah mandatori sebelum seorang mengakujanji atau menyempurnakan kerja pembinaan. Ini penting kerana pendaftaran membantu memastikan kontraktor beroperasi dalam rangka peraturan industri pembinaan yang ditetapkan.

Perlukan Bantuan untuk Urusan CIDB?

Sedang mencari bantuan untuk pendaftaran kontraktor CIDB bagi menjalankan kerja pembinaan atau pengubahsuaian?

Jangan risau tentang proses dan dokumen yang diperlukan. NNS Business Management boleh membantu menguruskan urusan berkaitan CIDB mengikut keperluan perniagaan dan jenis kerja anda. Hubungi kami untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai proses pendaftaran CIDB.

☎️ WhatsApp NNS Business Management untuk semakan awal dan konsultasi CIDB.

Soalan lazim

Adakah kerja pengubahsuaian (renovation) termasuk dalam kerja pembinaan?
Ya. Kerja pengubahsuaian atau renovation boleh termasuk dalam skop kerja pembinaan bergantung kepada jenis dan skop kerja yang dijalankan.

Adakah kontraktor perlu berdaftar dengan CIDB?
Secara umum, kontraktor perlu berdaftar dengan CIDB sebelum mengaku janji atau menjalankan kerja pembinaan, tertakluk kepada pengecualian yang ditetapkan oleh undang-undang.

Apa yang perlu disediakan untuk pendaftaran CIDB?
Keperluan dokumen bergantung kepada jenis pendaftaran dan keadaan perniagaan. Antaranya termasuk maklumat syarikat, dokumen perniagaan serta maklumat berkaitan kerja yang akan dijalankan.

☎️ Hubungi NNS sekarang untuk maklumat lanjut

Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.

Sila Hubungi

 
019-335 0299

NNS Business Management adalah syarikat konsultan, perunding dan pengurusan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan servis pendaftaran serta pembaharuan lesen CIDB, MOF dan Kad Hijau kepada kontraktor atau syarikat secara Profesional.

Facebook : NNS.Management / Lesen Kontraktor Murah
TikTok : NNSManagement
© Copyright NNS Business Management