JUMLAH MATA CCD YANG DIPERLUKAN UNTUK RENEW LESEN CIDB

Mata CCD merujuk kepada penglibatan kontraktor dalam aktiviti pembangunan seperti

kursus, latihan, seminar dan program berkaitan pembinaan. Setiap penyertaan akan menyumbang kepada jumlah mata yang dikumpul, dan jumlah inilah yang menjadi salah satu syarat utama untuk memperbaharui lesen kontraktor.

Jumlah mata CCD yang diperlukan bergantung kepada gred kontraktor dan tempoh pembaharuan lesen. Semakin tinggi gred syarikat dan semakin lama tempoh pembaharuan, semakin banyak mata yang perlu dikumpulkan. Kontraktor gred besar seperti G7 memerlukan mata yang lebih tinggi berbanding G1 atau G2 kerana skop projek yang lebih kompleks.

Hanya mata yang diperoleh oleh pemilik, pengarah, pekerja syarikat atau sijil atas nama syarikat akan diambil kira oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. Selain itu, dokumen seperti sijil penyertaan atau kehadiran perlu disediakan sebagai bukti.

Berapa mata CCD yang diperlukan untuk Renew Lesen CIDB mengikut tahun eh? 

Permohonan pembaharuan untuk melanjutkan tempoh perakuan pendaftaran kontraktor akan diluluskan berdasarkan kepada jumlah mata CCD yang dapat dikumpul dalam tempoh berkuatkuasanya sijil pendaftaran semasa. Hanya mata CCD yang diperolehi oleh pemilik /pengarah/ pekerja syarikat yang digajikan atau sijil yang diperolehi oleh syarikat akan diambilkira. Jumlah Mata CCD seperti (Jadual 1)

 

(Jadual 1) rujuk sini

Cabaran utama ialah sikap menangguhkan pengumpulan Mata CCD hingga saat akhir, yang boleh menyebabkan mata tidak mencukupi untuk pembaharuan lesen. Oleh itu, perancangan awal dan penyertaan kursus secara berkala penting bagi memastikan mata CCD mencukupi sebelum Lesen CIDB anda tamat tempoh. Kesimpulannya, Mata CCD bukan sekadar syarat untuk pembaharuan lesen, tetapi merupakan satu usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti dan profesionalisme dalam industri pembinaan.

Tetapi untuk kali pertama kali renew Lesen, keperluan kursus bergantung kepada gred lesen yang anda pegang. Bagi Gred G1 hingga G3 anda WAJIB mengambil 2 kursus untuk pembaharuan kali pertama iaitu Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor (Wajib untuk semua) dan Kursus Pengurusan Bisnes (Wajib jika syarikat tidak mempunyai personel teknikal). Bagi kontraktor Gred G4 hingga G7, anda hanya WAJIB mengambil 1 kursus sahaja iaitu Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor. 

Masih keliru cara daftar/renew boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut atau ikuti media sosial untuk maklumat terkini.

FACEBOOK

INSTAGRAM

TIKTOK

https://wa.me/60193350299 (WAHIDA)

https://wa.me/60182401892 (NADIA)

Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.

Sila Hubungi

 
019-335 0299

NNS Business Management adalah syarikat konsultan, perunding dan pengurusan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan servis pendaftaran serta pembaharuan lesen CIDB, MOF dan Kad Hijau kepada kontraktor atau syarikat secara Profesional.

Facebook : NNS.Management / Lesen Kontraktor Murah
TikTok : NNSManagement
© Copyright NNS Business Management