Kad Hijau CIDB: Cara Daftar, Syarat & Harga Terkini 2026

Jika anda bekerja atau ingin bekerja di tapak pembinaan, Kad Hijau CIDB merupakan syarat penting yang perlu dimiliki. Kad ini bukan sahaja membuktikan

anda telah berdaftar sebagai Personel Binaan, malah menunjukkan anda telah memenuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan oleh CIDB. Dalam artikel ini, kami kongsikan segala yang anda perlu tahu tentang Kad Hijau CIDB, termasuk syarat, kelebihan, cara pendaftaran dan kepentingannya kepada pekerja serta majikan.

☎️ Hubungi kami melalui WhatsApp untuk semakan awal dan bantuan pendaftaran.

Apa Itu kad Hijau CIDB?

Kad Hijau CIDB ialah kad pendaftaran rasmi yang dikeluarkan kepada individu yang bekerja atau memasuki kawasan tapak pembinaan. Kad ini juga dikenali sebagai :

  • Kad CIDB 
  • Green Card CIDB 
  • Kad Personel Binaan 
  • CIDB Individu

Kesemua nama tersebut merujuk kepada kad yang sama. Setiap Kad Hijau mempunyai nombor pendaftaran individu yang membuktikan pemegangnya telah didaftarkan dengan CIDB.

Kursus Keselamatan SICW CIDB 

Untuk mendapatkan Kad Hijau, individu perlu mengikuti Safety Induction Course for Construction Workers (SICW). Kursus ini memberikan pendedahan berkaitan keselamatan tapak bina, risiko kerja pembinaan dan amalan kerja selamat. Kami juga membantu memberikan panduan berkaitan proses kursus dan pendaftaran.

Kelebihan memiliki Kad Hijau CIDB 

Antara manfaat Kad Hijau CIDB:

  • Layak bekerja di tapak pembinaan seluruh Malaysia
  • Berdaftar secara rasmi sebagai Personel Binaan.
  • Dilindungi oleh Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB.
  • Perlindungan selama 24 jam sehari.
  • Pampasan kematian akibat kemalangan sehingga RM21,000 kepada waris (tertakluk kepada terma dan syarat CIDB yang berkuat kuasa).
  • Meningkatkan keyakinan majikan terhadap pekerja 

Kenapa Pilih NNS Business Management?

  • Pengalaman membantu urusan berkaitan CIDB
  • Panduan proses pendaftaran dari awal hingga selesai
  • Bantuan semakan dokumen sebelum permohonan
  • Proses yang cepat dan teratur
  • Khidmat pelanggan yang repsonsif

Siapa Yang Memerlukan Kad Hijau CIDB?

Perkhidmatan kami sesuai untuk:

  • Pekerja binaan 
  • Buruh am 
  • Penyelia tapak
  • Site Supervisor
  • Jurutera 
  • Arkitek
  • Kontraktor
  • Subkontraktor
  • Pekerja renovasi
  • Pekerja pemasangan 
  • Pelatih industri 
  • Individu yang bekerja atau memasuki tapak pembinaan 

Kawasan Perkhidmatan 

Kami membantu urusan pendaftaran Kad Hijau CIDB untuk pelanggan dari seluruh Malaysia. Sama ada anda memohon sebagai individu atau mewakili syarikat, kami sedia membantu proses pendaftaran mengikut keperluan CIDB.

Soalan Lazim 

Adakah semua pekerja binaan wajib mempunyai kad Hijau?

Ya. Semua individu yang bekerja atau berada di tapak pembinaan perlu memiliki Kad Hijau CIDB yang sah mengikut keperluan Akta 520.

Berapa lama proses pendaftaran?

Tempoh bergantung kepada proses semasa dan kelulusan CIDB.

Adakah perlu menghadiri Kursus SICW?

Ya. Kursus SICW merupakan syarat wajib sebelum pendaftaran Kad Hijau diproses.

Bolehkah syarikat mendaftarkan ramai pekerja sekali gus?

Ya. Kami menyediakan perkhidmatan pendaftaran secara berkumpulan untuk syarikat dan kontraktor.

Bolehkah saya memperbaharui Kad Hijau melalui NNS BUSINESS MANAGEMENT?

Ya. Kami turut membantu urusan pembaharuan Kad Hijau CIDB mengikut syarat semasa.

Bolehkah Kad Hijau dipinjamkan kepada orang lain?

Tidak. Kad Hijau CIDB adalah hak milik individu yang didaftarkan dan tidak boleh dipindah milik atau digunakan oleh orang lain.

Kenapa artikel ini penting?

Memiliki Kad Hijau CIDB bukan sahaja memenuhi keperluan undang-undang, malah menunjukkan komitmen terhadap keselamatan di tapak pembinaan. Bagi majikan, memastikan pekerja mempunyai Kad Hijau yang sah membantu mematuhi peraturan dan melancarkan operasi projek.

Hubungi Kami Untuk Pendaftaran Kad Hijau CIDB

Hubungi pasukan kami hari ini untuk mendapatkan semakan awal dan konsultasi berkaitan pendaftaran Kad Hijau CIDB bagi individu atau syarikat.

☎️ Masih keliru tentang syarat, dokumen atau proses pendaftaran Kad Hijau CIDB

☎️ Dapatkan semakan awal supaya anda mengetahui langkah yang betul sebelum membuat permohonan

☎️ WhatsApp kami sekarang dan mulakan proses pendaftaran Kad Hijau CIDB dengan lebih mudah dan yakin

 

 

 

Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.

Sila Hubungi

 
019-335 0299

NNS Business Management adalah syarikat konsultan, perunding dan pengurusan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan servis pendaftaran serta pembaharuan lesen CIDB, MOF dan Kad Hijau kepada kontraktor atau syarikat secara Profesional.

Facebook : NNS.Management / Lesen Kontraktor Murah
TikTok : NNSManagement
© Copyright NNS Business Management