Kelayakan teknikal diperlukan untuk permohonan lesen CIDB. Pemilik perlu ada
sekurang-kurangnya sijil asas kontraktor, sijil kejuruteraan awan, diploma atau ijazah dalam bidang berkaitan. Sekiranya pemilik tidak mempunyai sijil yang berkaitan, pemililk perlu mengambil pekerja yang mempunyai kelulusan dalam bidang tersebut. Pekerja tersebut mestilah memegang kad hijau CIDB.
KELAYAKAN TEKNIKAL BAGI:
GRED 1, GRED 2, GRED 3
Seorang Pemegang Sijil Teknikal dalam bidang pembinaan.
GRED 4
Seorang Pemegang Diploma.
GRED 5
Seorang Pemegang Diploma (Minima 5 Tahun Pengalaman) atau Seorang Pemegang Ijazah (Minima 1 Tahun Pengalaman).
GRED 6
Seorang Pemegang Diploma dan Seorang Pemegang Ijazah (Salah Seorang Minima 3 Tahun Pengalaman).
GRED 7
Seorang Pemegang Diploma dan Seorang Pemegang Ijazah (Kedua-duanya Minima 5 Tahun Pengalaman).
*Keperluan-keperluan lain: IJAZAH / DIPLOMA / SIJIL yang dimiliki oleh personel teknikal berkaitan bidang pembinaan dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia CIDB.