PANDUAN RINGKAS KELAS KONTRAKTOR G1-G7 DI MALAYSIA

Dalam industri pembinaan Malaysia, Syarikat kontraktor dibahagikan kepada kelas atau lebih dikenali sebagai Gred Lesen CIDB. Terdapat 7 Gred Lesen iaitu

G1 hingga G7 dan ianya diklasifikasikan oleh CIDB berdasarkan kemampuan kewangan, pengalaman dan kapasiti projek. Klasifikasi ini menentukan jenis dan saiz projek yang boleh diambil oleh kontraktor atau syarikat pembinaan.

G1 ialah kelas asas untuk kontraktor kecil atau baru memulakan perniagaan. Projek yang biasanya berskala kecil seperti ubah suai rumah atau kerja pembaikan. G2 dan G3 sesuai untuk kontraktor sederhana yang boleh mengurus projek bersaiz sederhana dan komersial. G4 dan G5 pula untuk kontraktor berpengalaman dengan kapasiti kewangan lebih kukuh, biasanya terlibat dalam projek besar termasuk bangunan bertingkat dan projek kerajaan.

G6 dan G7 adalah kelas tertinggi. Kontraktor dalam kategori ini mempunyai pengalaman luas dan boleh mengendalikan projek mega seperti lebuh raya, hospital dan pembangunan berskala besar. Kelas G7 khasnya tidak mempunyai had nilai projek.

 

 

 

Pemilihan kelas kontraktor yang tepat penting untuk memastikan projek dijalankan mengikut kemampuan sebenar syarikat. Selain itu, kontraktor boleh memohon naik taraf kelas apabila perniagaan berkembang, membolehkan mereka mengambil projek berskala lebih besar dan kompleks.

Jika anda ingin mendaftar atau menaik taraf kelas kontraktor, anda boleh mendapatkan bantuan dan konsultasi daripada pihak kami iaitu NNS BUSINESS MANAGEMENT

https://wa.me/60193350299 ( WAHIDA )

https://wa.me/60182401892 ( NADIA )