Adakah anda seorang personel binaan yang memiliki Kad Hijau CIDB? Jika ya, tahukah anda bahawa anda sebenarnya dilindungi di bawah Pelan Perlindungan Personel Binaan CIDB?
Pelan ini menyediakan pelindungan kepada personel binaan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja, dan diberikan dalam bentuk hibah (pemberian/ hadiah). Selain itu, manfaat perlindungan ini turut diberikan kepada benefisiari yang dinamakan sekiranya pemegang Kad Hijau meninggal dunia. Perlindungan ini berkuat kuasa 24 jam sehari, termasuk di luar waktu bekerja dan meliputi seluruh dunia.
Persoalannya siapa yang layak? Haa jika anda berumur 16 hingga 70 tahun dan Kad Hijau CIDB anda masih sah, anda layak menerima perlindungan ini. Tidak kira sama ada anda pekerja am, mahir, penyelia tapak atau pengurus projek perlindungan ini untuk anda.
SKOP MANFAAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
| No. | SKOP |
AMAUN MANFAAT (RM) |
| 1. | Kematian (Akibat kemalangan) | 21,000.00 |
| 2. | Kematian (Akibat sakit) | 3,000.00 |
| 3. | Belanja Pengkebumian | 500.00 |
| 4. | Keilatan kekal (Akibat kemalangan) | 18,000.00 (maksima) |
| 5. | Keilatan kekal seluruh badan (Akibat sakit) | 3,000.00 |
| 6. | Maafaat wad hospital | 25/ hari (maksima 30 hari) |
| 7. | Pembelian kerusi roda / tongkat / anggota palsu (Akibat kemalangan) | 500.00 (maksima) |
| 8. | Caj ambulan | 500.00 (maksima) |
| 9. | Kecurian dan ragut | 500.00 (maksima) |
Soalan yang sering ditanya "Bagaimana nak buat tuntutan?". Mudah sahaja. Bagi pendaftaran atau pembaharuan Kad Hijau bermula 1 Oktober 2024, tuntutan diuruskan oleh Etiqa Family Takaful Berhad. Tuntutan perlu dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh kejadian menggunakan Borang Tuntutan UPPT-1/v03 yang boleh dimuat turun dari Laman Web Rasmi CIDB. Rujuk disini PELAN PERLINDUNGAN PERSONEL BINAAN BERKELOMPOK.
Kenapa penting untuk anda ambil tahu? Kerana perlindungan ini bukan sekadar syarat pendaftaran, ia adalah jaminan keselamatan untuk anda dan keluarga. Namun, perlindungan hanya sah jika Kad Hijau CIDB anda aktif. Jadi, adakah Kad Hijau CIDB anda masih sah hari ini?. Jika belum pastikan ia diperbaharui segera demi perlindungan berterusan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan atau memerlukan bantuan lanjut, jangan ragu untuk Whatsapp kami. Kami sedia membantu anda. Selain itu, jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut, jangan lupa mengikuti akaun media sosial kami.
? Benefisiari bermaksud individu atau pihak yang dinamakan untuk menerima faedah, manfaat, atau harta daripada sesuatu sumber, seperti wasiat, takaful, atau simpanan, selepas kematian pewasiat atau pemilik asal. Mereka adalah penerima manfaat yang berhak mewarisi wang, aset, atau faedah tertentu seperti yang ditetapkan dalam dokumen penamaan atau wasiat, menjadikannya satu istilah penting dalam perancangan harta pusaka dan takaful.
