Dalam industri pembinaan di Malaysia, pendaftaran CIDB bukanlah satu pilihan
ianya merupakan satu keperluan yang wajib dipatuhi. Lesen CIDB bukan sekadar dokumen sokongan, tetapi bukti bahawa seseorang kontraktor atau syarikat pembinaan beroperasi secara sah mengikut undang-undang yang ditetapkan. Masih ramai yang keliru sama ada mereka termasuk dalam kategori yang perlu mendaftar, sedangkan hakikatnya semua pihak yang terlibat dalam kerja pembinaan diwajibkan mempunyai lesen ini.
Secara umumnya, sesiapa sahaja yang menjalankan kerja pembinaan di Malaysia perlu berdaftar dengan CIDB tanpa mengira saiz projek atrau nilai kontrak. Kontraktor utama yang mengurus kan projek pembinaan, sama ada kecil atau besar, diwajibkan mempunyai lesen CIDB yang sah. Walaupun projek tersebut hanya melibatkan kerja berskala kecil, pendaftaran CIDB tetap diperlukan kerana ia merupakan keperluan undang- undang.
Selain kontraktor utama, subkontraktor yang menjalankan kerja khusus seperti elektrik, paip, kerja besi, konkrit dan kemasan dalaman juga tertakluk kepada keperluan pendaftaran CIDB. Subkontraktor yang bekerja secara langsung di tapak projek dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti pembinaan, justeru Lesen CIDB diperlukan bagi memastikan kerja dijalankan mengikut standard dan peraturan yang ditetapkan.
Syarikat pembinaan yang beroperasi di Malaysia, sama ada berdaftar sebagai syarikat sendirian berhad, enterprise, LLP atau koperasi, juga diwajibkan mendaftar dengan CIDB. Tanpa lesen CIDB yang aktif, sesebuah syarikat boleh menghadapi kesukaran untuk menyertai tender, memasuki tapak projek atau menerima bayaran daripada pihak berkaitan. Keadaan ini boleh menjejaskan kelancaran operasi dan reputasi perniagaan.
Individu yang bekerja sendiri dalam bidang pembinaan turut termasuk dalam kategori yang wajib berdaftar dengan CIDB. Ramai yang menyangka bahawa hanya syarikat besar perlu memiliki lesen ini, sedangkan individu yang mengambil kerja pembinaan secara freelance atau mengurus projek sendiri juga diklasifikasikan sebai kontraktor. Oleh itu, pendaftaran CIDB adalah langkah penting untuk mengelakkan sebarang masalah undang-undang di kemudian hari.
Bagi projek kerajaan ada swasta, lesen CIDB sering menjadi syarat utama sebelum sesuatu projek boleh dimulakan. Ia diperlukan untuk tujuan tender, kemasukan ke tapak projek, pemantauan keselamatan serta proses pembayaran. Tanpa Lesen CIDB, projek berisiko ditangguhkan atau dihentikan, dan pihak terlibat boleh dikenakan tindakan daripada pihak berkuasa.
Kesimpulannya, dengan memiliki Lesen CIDB yang sah, urusan projek dapat berjalan dengan lebih lancar dan profesional. Sekiranya anda masih keliru tentang pendaftaran, kami sedia membantu menguruskan pendaftaran dan pembaharuan Lesen CIDB dengan proses yang mudah dan cepat. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
https://wa.me/60193350299 (Wahida)
https://wa.me/60182401892 (Nadia)
