SYARAT PENDAFTARAN KAD HIJAU CIDB 2026

Kad Hijau CIDB atau Kad Pendaftaran Personel Binaan wajib dimiliki oleh individu yang bekerja dalam industri pembinaan. Pendaftaran ini bertujuan memastikan personel binaan mematuhi keperluan keselamatan dan peraturan yang ditetapkan oleh CIDB.



Syarat Pendaftaran Kad Hijau CIDB 

Antara syarat utama pendaftaran ialah:

  • Mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah seperti Kad Pengenalan Malaysia, pasport dengan permit kerja yang sah atau Pas IMM13P.
  • Berumur 16 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai sijil keselamatan yang diiktiraf CIDB seperti SICW, eSICW, eSICW CIDBH atau pasport keselamatan yang diiktiraf.
  • Terlibat dalam kerja-kerja pembinaan.
  • Mematuhi undang-undang dan peraturan CIDB.

☎️ Nak daftar Kad Hijau CIDB tetapi tidak pasti syarat yang diperlukan?
☎️ Kad Hijau CIDB anda hampir tamat tempoh?
☎️ WhatsApp kami untuk mendapatkan bantuan



Tempoh Sah Kad Hijau CIDB 

  • Bagi pemegang Kad Pengenalan Malaysia, tempoh pendaftaran adalah antara 1 hingga 5 tahun, tertakluk kepada syarat CIDB dan tarikh lahir pemohon.
  • Bagi pemegang PLKS, Pas Penggajian (EP) atau IMM13P tempoh pendaftaran pula bergantung kepada tarikh tamat permit atau pas yang berkaitan.

Cara Daftar Kad Hijau CIDB

Permohonan baharu dan pembaharuan Kad Hijau CIDB boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem CIMS CIDB.
Pemohon perlu melengkapkan maklumat peribadi, maklumat pekerjaan, sijil keselamatan dan membuat bayaran pendaftaran.


Soalan Lazim

Berapa umur minumum untuk daftar Kad Hijau CIDB?
Umur minimum ialah 16 tahun.

Boleh daftar kad Hijau CIDB secara online?
Ya, pendaftaran boleh dibuat melalui Sistem CIMS CIDB.

Perlu kursus SICW untuk daftar Kad Hijau?
Pemohon perlu mempunyai sijil keselamatan yang diiktiraf CIDB seperti SICW atau eSICW.


Perlukan Bantuan Daftar atau Renew Kad Hijau CIDB?

Tak pasti cara daftar, dokumen yang diperlukan atau proses renewal? Kami boleh bantu memudahkan proses pendaftaran dan pembaharuan Kad Hijau CIDB anda. Jangan tunggu sehingga Kad Hijau tamat tempoh. Uruskan pendaftaran anda hari ni!

☎️ Perlukan Kad Hijau CIDB dengan cepat dan mudah?
☎️ WhatsApp kami hari ini untuk semakan dan sebut harga 
☎️ Hubungi kami hari ini untuk semakan dan bantuan pendaftaran Kad Hijau CIDB

Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.

Sila Hubungi

 
019-335 0299

NNS Business Management adalah syarikat konsultan, perunding dan pengurusan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan servis pendaftaran serta pembaharuan lesen CIDB, MOF dan Kad Hijau kepada kontraktor atau syarikat secara Profesional.

Facebook : NNS.Management / Lesen Kontraktor Murah
TikTok : NNSManagement
© Copyright NNS Business Management