Ramai kontraktor memasang impian untuk terlibat dalam projek kerajaan kerana ia dianggap sebagai salah satu peluang yang lebih stabil dan berpotensi untuk mengembangkan perniagaan dalam industri pembinaan. Namun begitu,
untuk layak menyertai projek kerajaan, setiap kontraktor perlu memiliki Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB, dan sijil ini tidak diberikan secara automatik kerana terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.
Sebelum seseorang kontraktor boleh memohon Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), syarat paling asas ialah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang masih sah. Ini menunjukkan syarikat berdaftar dan aktif dalam industri pembinaan. Selain itu, CIDB juga menekankan aspek integriti di mana pemohon mestilah bebas daripada sebarang tindakan tatatertib atau kes mahkamah semasa permohonan dibuat. Dari sudut kewangan pula, setiap syarikat perlu memenuhi syarat modal yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, bagi kontraktor Gred G1, modal berbayar atau modal terkumpul yang diperlukan adalah sebanyak RM10,000.

(CONTOH SIJIL PPK)

(CONTOH SIJIL SPKK)
Selain itu, struktur pemilikan syarikat juga dikawal ketat. Individu atau pemegang saham yang mempunyai SPKK tidak dibenarkan memiliki lebih daripada 5% ekuiti dalam syarikat lain yang turut mempunyai SPKK. Ahli pengurusan dan teknikal juga tidak boleh didaftarkan dalam lebih daripada satu syarikat SPKK, kecuali kategori tertentu seperti konsortium, koperasi, persatuan dan GLC.
Dalam masa yang sama, sistem penilaian SCORE juga menjadi salah satu syarat penting sebelum SPKK diluluskan. Kontraktor Gred G5, G6 dan G7 perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 bintang SCORE yang masih sah, manakala kontraktor Gred G2, G3 dan G4 pula perlu mencapai sekurang-kurangnya 2 bintang SCORE yang masih aktif. Penilaian ini digunakan untuk menilai tahap keupayaan sebenar syarikat dari segi pengurusan, kewangan dan prestasi kerja sebelum mereka dibenarkan menyertai projek kerajaan.
Bagi kontraktor Gred G7 pula, terdapat tambahan syarat penting iaitu perlu memiliki pensijilan ISO 9001:2008 atau ISO 9001:2015 yang masih sah sebagai bukti bahawa syarikat mempunyai sistem pengurusan kualiti yang diiktiraf dan mampu mengendalikan projek berskala besar dengan lebih sistematik.
Perubahan Gred Pendaftaran (SPKK) sama ada turun gred pendaftaran atau naik gred pendaftaran dibenarkan kecuali penurunan gred ke G1 (Bumiputera) tidak dibenarkan.
Walaupun syarat-syarat ini nampak jelas, realitinya ramai kontraktor menghadapi kesukaran dalam proses permohonan kerana ia melibatkan penyediaan dokumen yang lengkap. Sedikit kesilapan sahaja boleh menyebabkan permohonan tertangguh atau ditolak, sekaligus melambatkan peluang untuk mendapatkan projek kerajaan.
Sebab itulah semakin ramai kontraktor memilih untuk mendapatkan bantuan pihak yang berpengalaman bagi menguruskan proses SPKK dari awal hingga akhir, supaya semua dokumen disusun dengan betul, permohonan lebih teratur, dan peluang untuk lulus menjadi lebih tinggi tanpa perlu melalui proses yang rumit dan memakan masa. (RUJUKAN : WEBSITE CIDB)
Sekiranya anda masih keliru tentang pendaftaran, kami sedia membantu menguruskan pendaftaran dan pembaharuan Lesen CIDB dengan proses yang mudah dan cepat. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
https://wa.me/60193350299 (Wahida)
https://wa.me/60182401892 (Nadia)