CIDB, Kad Hijau dan MOF
Menawarkan perkhidmatan kepada para kontraktor atau syarikat yang ingin mendaftar Lesen CIDB, Kad Hijau, Kementerian Kewangan (MOF) dan Kursus Sijil Teknikal CIDB.
NNS Business Management adalah syarikat yang menyediakan servis untuk menguruskan pendaftaran dan pembaharuan lesen CIDB, Kad Hijau dan Kementerian Kewangan kepada kontraktor atau syarikat yang memerlukan. Kami juga menyediakan kursus seperti CCD Point untuk renew cidb dan Sijil Teknikal kepada syarikat yang tidak mempunyai sijil teknikal.

Daftar CIDB
Perkhidmatan Daftar Lesen CIDB
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
Sijil Taraf Bumiputera (STB)
Pendaftaran & Pembaharuan Kad Hijau
Pembaharuan Kad Hijau CIDB
Kad Pintar Personal Binaan Terbaru
Tempoh Pembaharuan Sehingga 5 Tahun
Daftar MOF
Perkhidmatan Daftar Lesen MOF
Sijil Akuan Kementerian Kewangan
Sijil Kementerian Kewangan Bumiputera
Tambah bidang tender kerajaan
Kursus Mata CCD
Kami menawarkan perkhidmatan kursus mata CCD bagi syarikat yang belum ada mata ccd untuk melakukan pembaharuan Lesen CIDB.
LESEN CIDB MOF MURAH
NNS BUSINESS MANAGEMENT menawarkan harga pendaftaran lesen cidb kontraktor dan lesen kewangan MOF yang sangat murah dan berpatutan.
Sijil Teknikal
Pendaftaran lesen CIDB selain PPK, memerlukan Sijil Teknikal. Jadi NNS juga menyediakan perkhidmatan kursus sijil teknikal bagi memudahkan pelanggan untuk meneruskan pendaftaran Lesen Kontraktor CIDB.

Daftar Lesen CIDB
Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB
Siapakah Yang Boleh Memohon
Permohonan hanya boleh dibuat oleh salah seorang pemilik/pengarah syarikat sahaja.
Seorang pemohon hanya dibenarkan untuk membuat satu permohonan pendaftaran untuk satu syarikat sahaja.
Pemohonan hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan.
Pemohon hendaklah mendaftarkan operasi perniagaannya dengan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia.
Sijil Pendaftaran CIDB
Terdapat dua jenis sijil yang dikeluarkan oleh pihak CIDB :
-
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
-
Sijil Perolehan Kerja Kerjaan (SPKK)
-
Sijil Taraf Bumiputera (STB) - dikeluarkan oleh Bahagian Kontraktor dan Usahawan (BPKU)
Skop Pendaftaran
Setiap kontraktor akan didaftarkan oleh CIDB mengikut gred pendaftaran berdasarkan kepada keupayaan dan kemampuan kontraktor memenuhi syarat-syarat kriteria pendaftaran kontraktor yang telah ditetapkan.
Kategori Pendaftaran CIDB :
-
Pembinaan Kejuruteraan Awam (CE)
-
Pembinaan Bangunan dan (B)
-
Mekanikal dan Elektrikal (ME)
-
Fasiliti (F)
Kategori Gred CIDB
Terdapat tujuh kategori gred pendaftaran CIDB iaitu :
-
Gred G1 - Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
-
Gred G2 - Keupayaan tidak melebihi RM500,000.00
-
Gred G3 - Keupayaan tidak melebihi RM1,000,000.00
-
Gred G4 - Keupayaan tidak melebihi RM3,000,000.00
-
Gred G5 - Keupayaan tidak melebihi RM5,000,000.00
-
Gred G6 - Keupayaan tidak melebihi RM10,000,000.00
-
Gred G7 - Keupayaan tiada Had
Jenis Permohonan CIDB
Terdapat beberapa jenis permohonan mengikut keperluan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak CIDB :
-
Pendaftaran Baru
-
Pembaharuan
-
Pendaftaran Semula
-
Kemaskini Maklumat Pendaftaran
-
Kebenaran Khas menyertai tender diluar pengkhususan.
-
Kemaskini Maklumat Syarikat
-
Permohonan pembatalan pendaftaran CIDB
-
Pertukaran Jenis Syarikat
Rujukan: CIDB
Daftar Lesen MOF
Sijil Kementerian Kewangan adalah syarat wajib untuk semua pembekal/kontraktor yang ingin memohon tender-tender kerajaan.
Syarikat yang telah daftar lesen MOF dan telah mempunyai sijil Kementerian Kewangan akan melayakkan untuk memohon sebarang tender kerajaan.
Selain itu bagi syarikat yang layak iaitu memiliki 51% bumiputera dalam syarikat layak untuk memohon bersama Sijil Taraf Bumiputera.
Dengan memiliki sijil ini melayakkan syarikat anda memohon tender-tender yang dikhaskan untuk syarikat-syarikat bumiputera.
Kenapa Perlu Daftar MOF
Syarikat boleh menjual produk dan perkhidmatan anda kepada Kerajaan Malaysia dan agensi Kerajaan jika telah berdaftar dengan MOF.
Memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online.
Mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
Memohon dan mendapat pengiktirafan penarafan status Bumiputera jika syarikat adalah 51% milik bumiputera.
Sijil Kementerian Kewangan
Terdapat dua jenis sijil yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan :
-
Sijil akuan pendaftaran syarikat
-
Sijil akuan pendaftaran syarikat bumiputera
Rujukan: Eperolehan
Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.