APA ITU MATA CCD? PANDUAN KONTRAKTOR CIDB

Apa Itu Mata CCD / CCD Points?

Mata CCD (Contractor Continuous Development) ialah program pembangunan berterusan yang diperkenalkan untuk membantu kontraktor berdaftar CIDB meningkatkan pengetahuan, kemahiran  dan penglibatan dalam industri pembinaan. Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB perlu menyertai program CCD dan mengumpul mata CCD mengikut keperluan yang ditetapkan.

Bagaimana Cara Mendapatkan Mata CCD?

Antara aktiviti yang boleh memberikan mata CCD termasuk:

  • Menghadiri kursus, seminar, forum, bengkel dan program peningkatan ilmu.
  • Penglibatan dalam persatuan yang berkaitan.
  • Menjadi penceramah, ahli panel atau menyumbang dalam program ilmu
  • Penglibatan dalam aktiviti sosial dan sivik

Jumlah mata CCD bergantung kepada jenis program dan aktiviti yang disertai. Contohnya CIDB menetapkan mata yang berbeza mengikut tempoh dan pengajur program.

☎️ Tidak pasti berapa mata CCD yang diperlukan atau bagaimana cara mendapatkannya?

Kenapa Mata CCD Penting?

Mata CCD merupakan sebahagian daripada keperluan pembangunan berterusan kontraktor. Oleh itu, kontraktor perlu memastikan mata CCD yang diperlukan dipenuhi mengikut ketetapan CIDB. Untuk renew Lesen CIDB perlu ada Mata CCD yang cukup mengikut jumlah tahun renew. (Rujuk poster dibawah)

Perlukan Bantuan Urusan CIDB?

NNS Business Management membantu kontraktor dalam urusan berkaitan CIDB, termasuk pendaftaran dan pembaharuan kontraktor. Jika anda memerlukan penerangan mengenai mata CCD, pendaftaran atau pembaharuan CIDB, hubungi kami untuk semakan awal.

☎️ WhatsApp NNS Business Management untuk konsultasi dan maklumat lanjut.

Soalan Lazim 

Apa itu mata CCD?
Mata CCD ialah mata yang diperoleh melalui penyertaan dalam program atau aktiviti pembangunan kontraktor yang diiktiraf CIDB.

Siapa yang perlu mendapatkan mata CCD?
Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB perlu menyertai Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD).

Bagaimana cara kumpul mata CCD?
Mata CCD boleh diperoleh melalui aktiviti seperti kursus, seminar, forum, bengkel, latihan dan aktiviti lain yang berkaitan serta diiktiraf CIDB.

Adakah semua kursus memberikan mata CCD?
Tidak semestinya. Mata CCD bergantung kepada program yang memenuhi ketetapan atau pengiktirafan CIDB.

Perlukan bantuan semak mata CCD? 

NNS Business Managament boleh membantu memberikan penerangan mengenai urusan berkaitan CIDB. Hubungi kami untuk semakan dan konsultasi.

Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.

Sila Hubungi

 
019-335 0299

NNS Business Management adalah syarikat konsultan, perunding dan pengurusan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan servis pendaftaran serta pembaharuan lesen CIDB, MOF dan Kad Hijau kepada kontraktor atau syarikat secara Profesional.

Facebook : NNS.Management / Lesen Kontraktor Murah
TikTok : NNSManagement
© Copyright NNS Business Management