SCORE CIDB ialah Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor yang digunakan untuk menilai tahap keupayaan syarikat kontraktor. Bagi kontraktor G2 hingga G7,
SCORE juga menjadi perkara penting dalam proses pendaftaran atau pembaharuan PPK mengikut keperluan semasa CIDB. SCORE menilai kontraktor berdasarkan 7 parameter utama. Mari kita lihat setiap parameter dan perkara yang dinilai dengan lebih terperinci.
☎️ Perlukan batuan SCORE CIDB? Hubungi kami untuk semakan awal.
Kenapa SCORE CIDB Penting?
Penilaian SCORE membantu menunjukkan tahap keupayaan sesebuah syarikat kontraktor dan mengenal pasti aspek yang boleh diperbaiki. Antara kepentingannya:
- Menilai keupayaan dan kemampuan syarikat kontraktor
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan syarikat
- Membantu meningkatkan pengurusan dan prestasi syarikat
- Membantu kontraktor membuat penambahbaikan sebelum menyertai projek
- Menjadi salah satu keperluan penting bagi kontraktor G2 hingga G7 mengikut syarat semasa CIDB

7 Parameter Penilaian SCORE CIDB
Score CIDB menilai kontraktor berdasarkan 7 aspek utama iaitu:
- Prestasi Perniagaan
- Keupayaan Kewangan
- Keupayaan Teknikal
- Pengurusan Projek
- Pengurusan Perolehan
- Amalan Terbaik
- Keupayaan Pengurusan
Penilaian ini membantu memberikan gambaran yang lebih meyeluruh tentang tahap pengurusan dan kemampuan sesebuah syarikat kontraktor.
Siapa Yang Perlu SCORE CIDB?
SCORE digunakan untuk penilaian kontraktor dan panduan CIDB semasa menyenaraikan SCORE menyasarkan kontraktor G2 hingga G7. CIDB turut menjalankan program coaching SCORE untuk membantu kontraktor memahami kriteria dan penyediaan dokumen penilaian.
Nota: Syarat dan keperluan SCORE boleh berubah mengikut ketetapan CIDB semasa.
Perkhidmatan Bantuan SCORE CIDB
Kami membantu kontraktor dalam urusan berkaitan SCORE seperti:
- Semakan keperluan SCORE CIDB
- Semakan dokumen dan maklumat syarikat
- Bantuan persediaan penilaian SCORE
- Semakan keperluan untuk pembaharuan PPK
- Panduan berkaitan 7 parameter SCORE
☎️ Tak pasti dokumen SCORE yang diperlukan? Hubungi kami untuk semakan awal
Soalan lazim
Apa itu SCORE CIDB?
SCORE CIDB ialah Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor yang digunakan untuk menilai keupayaan dan kemampuan syarikat kontraktor.
Berapa parameter yang dinilai dalam SCORE?
Terdapat 7 parameter utama, iaitu prestasi perniagaan, keupayaan kewangan, keupayaan teknikal, pengurusan projek, pengurusan perolehan, amalan terbaik dan keupayaan pengurusan.
Apakah SCORE wajib untuk kontraktor?
Keperluan SCORE bergantung kepada gred dan tujuan permohonan. CIDB menyatakan bahawa mulai 1 Julai 2024, penilaian ,SCORE diwajibkan bagi permohonan pendaftaran/pembaharuan PPK kontraktor G2 hingga G7.
Bolehkah mendapatkan bantuan untuk SCORE CIDB?
Ya. Kontraktor boleh mendapatkan bantuan dalam membuat semakan dokumen dan persediaan penilaian SCORE
Perlukan Bantuan SCORE CIDB?
Jangan tunggu sehingga proses pembaharuan PPK hampir tamat. Pastikan syarikat anda bersedia dengan dokumen dan maklumat yang diperlukan untuk SCORE CIDB. Kami boleh membantu membuat semakan awal dan memberi panduan supaya proses persediaan SCORE lebih mudah dan teratur.
☎️ Hubungi kami melalui WhatsApp untuk semakan SCORE CIDB dan maklumat lanjut