APAKAH ITU SIJIL SCORE CIDB?

PROGRAM PENILAIAN KEUPAYAAN DAN KEMAMPUAN KONTRAKTOR (SCORE)

 

Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di perkenalkan oleh Lembaga merupakan satu program khusus yang dibangunkan oleh CIDB dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor

tempatan dan asing di Malaysia bagi mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 bersesuaian dengan teras ‘Meningkatkan Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme Industri Pembinaan’.

SCORE-CIDB dilaksanakan terhadap kontraktor tempatan melalui analisa terhadap jawapan-jawapan yang diberikan oleh kontraktor terhadap 7 parameter yang ditetapkan. 7 parameter tersebut adalah :

 

OBJEKTIF

Terdapat empat (4) objektif utama penilaian SCORE – CIDB:

  • ✔ Untuk memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang mempunyai keupayaan dan kemampuan dalam aspek Prestasi Perniagaan, Keupayaan Kewangan, Keupayaan Teknikal, Pengurusan Projek, Pengurusan Perolehan, Amalan Terbaik dan Keupayaan Pengurusan.
  • ✔ Untuk mengenalpasti jurang prestasi dan membantu meningkatkan keupayaan dan kemampuan kontraktor.
  • ✔ Untuk membangunkan profil industri bagi mengenal tahap keupayaan kontraktor tempatan dan mengukur perbandingan antara kontraktor tempatan dan kontraktor asing.
  • ✔ Untuk membantu pihak klien dalam pemilihan kontraktor yang berkaliber.