TARAF BUMIPUTERA LESEN CIDB

PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA

Permohonan bagi mendapatkan STB perlulah dilakukan selepas syarikat berjaya memperolehi atau memperbaharui Perakuan Pendaftaran Syarikat (PPK) dan

Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Jenis-jenis permohonan pendaftaran adalah seperti berikut:

 

a) Permohonan Baharu
Permohonan Baharu adalah permohonan kali pertama bagi syarikat yang ingin mendapatkan STB. Sekiranya syarikat mendapat kelulusan, tempoh sah laku STB adalah tertakluk kepada tarikh yang tertera dalam sijil maya yang boleh dicetak sendiri oleh syarikat melalui Sistem CIMS.

b) Pembaharuan
Pembaharuan adalah permohonan yang telah berdaftar dengan dengan PKK sama ada masih dalam tempoh sah laku atau telah tamat tempoh. Permohonan ini hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat sah laku STB. Semua syarikat yang telah mendapat penarafan Bumiputera perlu menghadiri kursus anjuran PKK sekurangnya-kurangnya sekali dalam tempoh sah laku STB bagi melayakkan syarikat melakukan pembaharuan berikutnya bermula 1 Januari 2020.

c) Perubahan Maklumat
Perubahan maklumat adalah permohonan untuk membuat pindaan terhadap maklumat syarikat secara atas talian seperti pertukaran alamat berdaftar, pemilik, pemegang ekuiti, ahli lembaga pengarah, penandatangan cek dan penama dalam sijil SPKK. Perubahan alamat operasi syarikat boleh dibuat melalui perubahan di dalam profile syarikat.

 

Dokumen sokongan yang lengkap adalah diperlukan bagi memproses permohonan syarikat yang dikemukan secara atas talian. Kesemua dokumen sokongan yang perlu dimuat naik hendaklah terkini daripada tarikh permohonan dibuat. Syarikat adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan maklumat dan dokumen yang sah bagi melancarkan proses kelulusan.

 Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami.