CARA MEMILIH GRED LESEN CIDB (Panduan Ringkas 2026)

Memilih Gred Lesen CIDB yang sesuai merupakan langkah penting sebelum syarikat mendaftar sebagai kontraktor di Malaysia. Ramai kontraktor baharu masih keliru tentang gred CIDB G1 hingga G7, had nilai projek dan

modal syarikat yang diperlukan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apakah Gred Lesen CIDB?

Setiap kontraktor yang berdaftar dengan CIDB akan diberikan gred berdasarkan keupayaan syarikat memenuhi syarat pendaftaran yang ditetapkan. Gred ini menentukan had maksimum nilai projek yang boleh ditender atau dilaksanakan.

Syarat Pegangan Ekuiti PPK

Bagi Pendaftaran Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), syarikat mestilah diperbadankan di Malaysia dan memenuhi syarat pegangan ekuiti seperti berikut:

  • Pegangan ekuiti tempatan sekurang-kurangnya 70%.

  • Ekuiti asing biasa tidak melebihi 30%.

  • Ekuiti asing dari negara ASEAN dibenarkan sehingga 51%.

  • Bagi negara di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), had pegangan ekuiti adalah mengikut peratusan yang ditetapkan oleh CIDB.

Cara Memilih Gred CIDB

Sebelum membuat permohonan, pertimbangkan perkara berikut:

  • Nilai projek yang ingin dijalankan.

  • Modal berbayar syarikat.

  • Keupayaan kewangan syarikat.

  • Perancangan perkembangan perniagaan.

Pilih gred yang bersesuaian dengan kemampuan syarikat. Memohon gred yang terlalu tinggi tanpa memenuhi syarat boleh menyebabkan permohonan tidak memenuhi kelayakan.

Jika anda masih sedang mencari maklumat tentang gred CIDB yang sesuai untuk syarikat anda, kami boleh bantu anda faham dengan lebih jelas sebelum membuat sebarang permohonan.

Semak Gred dan Modal

Rujuk jadual gred CIDB, had nilai projek dan modal minimum sebelum membuat permohonan bagi memastikan gred yang dipilih sesuai dengan keperluan syarikat.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Bagaimana cara memilih gred CIDB yang sesuai?
Pilih gred berdasarkan nilai projek, modal syarikat dan kemampuan kewangan.

2. Adakah syarikat baharu boleh memohon Lesen CIDB?
Ya. Syarikat baharu boleh memohon sekiranya memenuhi syarat pendaftaran CIDB.

3. Bolehkah terus memohon Gred G7?
Boleh, sekiranya syarikat memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh CIDB.

4. Adakah gred CIDB boleh dinaik taraf?
Ya. Kontraktor boleh memohon naik taraf gred apabila memenuhi syarat yang ditetapkan.

5. Apakah perbezaan Gred G1 hingga G7?
Perbezaannya adalah pada had nilai projek yang dibenarkan serta syarat kelayakan bagi setiap gred.

Perlukan Bantuan Daftar Lesen CIDB?

Kami menyediakan perkhidmatan:

Hubungi kami hari ini untuk semakan kelayakan secara PERCUMA. Kami akan membantu anda memilih gred CIDB yang sesuai dan menguruskan proses permohonan dengan lebih mudah, cepat dan mengikut syarat terkini CIDB.

 

Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.

Sila Hubungi

 
019-335 0299

NNS Business Management adalah syarikat konsultan, perunding dan pengurusan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan servis pendaftaran serta pembaharuan lesen CIDB, MOF dan Kad Hijau kepada kontraktor atau syarikat secara Profesional.

Facebook : NNS.Management / Lesen Kontraktor Murah
TikTok : NNSManagement
© Copyright NNS Business Management