Kalau anda tengah baca ni, maksudnya lesen CIDB anda dah hampir sampai tarikh luput, kan? Dan ni adalah kali pertama anda kena lalui proses renewal.
Mungkin anda dah mula dengar macam-macam syarat kena ada mata CCD lah, kena ambil Kursus Integriti lah, kena masuk sistem CIMS lah. Secara jujurnya, bagi kontraktor yang sibuk di tapak bina, benda-benda teknikal macam ni boleh jadi nightmare. Sebab tu hari ini saya nak kongsikan kenapa ramai kontraktor otai lebih suka serahkan pada ejen daripada pening kepala buat sendiri.
Memperbaharui lesen CIDB buat kali pertama memang lebih mencabar berbanding pembaharuan biasa kerana pengenalan syarat-syarat mandatori yang bertujuan memastikan kualiti dan etika kontraktor. Anda digalakkan untuk memulakan proses pembaharuan seawal 6 bulan sebelum tarikh luput. Jangan tunggu saat akhir kerana proses pengumpulan mata CCD dan slot kursus mungkin mengambil masa.
Bagi pembaharuan pertama kali, CIDB mewajibkan kehadiran kursus tertentu untuk memastikan kontraktor memahami etika dan pengurusan perniagaan. Semua gred (G1-G7) wajib lulus Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor. Kursus ini memberikan 15 mata CCD. Manakala bagi Gred G1 hingga G3 selain Kursus Integriti , anda wajib lulus Kursus Pengurusan Bisnes jika syarikat anda tidak mempunyai personel teknikal bertauliah semasa pendaftaran awal. Kursus ini menyumbang 40 mata CCD.
Sebagai kontraktor, masa korang lebih berharga kalau duduk kat site pantau projek atau cari tender baru. Kesimpulannya, renew kali pertama ni memang agak renyah sebab banyak syarat baru yang kita belum biasa. Masih keliru cara untuk mendaftar/renew boleh whatsapp kami sekarang untuk bantuan pendaftaran kursus ini.
https://wa.me/60193350299 (WAHIDA)
https://wa.me/60182401892 (NADIA)