CONTOH PERNIAGAAN YANG PERLU MENDAFTAR MOF

Untuk syarikat atau perniagaan yang ingin mengembangkan operasi ke pasaran kerajaan,

pendaftaran dengan MOF (Kementerian Kewangan Malaysia) adalah langkah penting. Tidak semua jenis perniagaan wajib mendaftar, tetapi secara umum, syarikat yang ingin menawarkan barangan, perkhidmatan atau projek kepada agensi kerajaan perlu memastikan pendaftaran MOF lengkap.

Berikut adalah beberapa contoh jenis perniagaan yang biasanya perlu mendaftar MOF bagi membolehkan mereka menyertai tender, sebut harga, dan urusan perolehan kerja kerajaan secara sah dan teratur.

 

    1. Syarikat Pembekalan Barangan - untuk mebekalkan barangan kepada jabatan kerajaan melalui tender atau sebut harga.

  • contoh : syarikat bekalan komputer, alat tulis, peralatan elektrik, kelengkapan pejabat. dll.

    2. Syarikat Perkhidmatan - untuk menyediakan perkhidmatan kepada agensi kerajaan secara sah.

  •  contoh : syarikat pembersihan, keselamatan, penyelenggaraan bangunan, percetakan, katering dll.

    3. Syarikat Pembinaan / Kontraktor - MOF diperlukan jika ingin menyertai tender kerajaan.

  • contoh : kontraktor bina rumah, bangunan, jalan raya, projek kerajaan dll.

    4. Syarikat IT & Teknologi - untuk menawarkan produk dan perkhidamtan teknologi.

  • contoh : penyedia perisian, pembangunan aplikasi, servis IT, hosting server dll.

    5. Syarikat Profesional & Perundingan - untuk membekalkan khidmat profesional kepada kerajaan melalui tender atau kontrak.

  • contoh : firma perakuanan, perundingan pengurusan, jurutera, arkitek, firma guaman dll.

    6. Syarikat Logistik & Pengangkutan - diperlukan untuk projek kerajaan atau penghantaran barangan kerajaan.

  • contoh : perkhidmatan penghantaran, pengangkutan barangan, sewa kenderaan.

Secara ringkas, hampir semua jenis perniagaan yang ingin menyertai projek atau tender kerajaan perlu mendaftar MOF. Dengan pendaftaran yang lengkap, syarikat bukan sahaja mematuhi syarat, malah meningkatkan peluang untuk mendapat projek kerajaan secara sah dan teratur.

Masih keliru sama ada perniagaan anda perlu mendaftar dengan MOF? Jangan risau! Hubungi NNS untuk maklumat lanjut dan panduan lengkap.

https://wa.me/60193350299 (WAHIDA)

https://wa.me/60182401892 (NADIA)