KELEBIHAN DAFTAR MOF UNTUK PERNIAGAAN

Pendaftaran dengan MOF (Kementerian Kewangan Malaysia) merupakan satu kelebihan penting bagi syarikat yang ingin berurusan dengan agensi kerajaan.

Dengan pendaftran MOF yang sah, syarikat dibenarkan menyertai sebut harga dan tender kerajaan, sekali gus membuka peluang perniagaan yang lebih luas dan stabil. Lesen ini melibatkan pelbagai jenis perniagaan, tidak terhad kepada industri pembinaan sahaja.

Selain itu, pendaftaran MOF meningkatkan kredibiliti syarikat sebagai pembekal atau penyedia perkhidmatan yang diiktiraf. Kebanyakan agensi kerajaan hanya berurusan dengan syarikat yang berdaftar dengan MOF, menjadikan pendaftaran ini sebagai syarat asas dalam urusan perolehan kerja kerajaan.

Melalui pendaftaran MOF, syarikat boleh memilih kod bidang yang bersesuaian dengan jenis perniagaan. Pemilihan kod bidang yang tepat membantu meningkatkan peluang untuk dipanggil menyertai sebut harga atau tender, seterusnya menyokong perkembangan perniagaan secara lebih terancang dan profesional .

Haa sebelum terlupa, selain pendaftaran MOF, syarikat anda juga perlu memastikan dokumen sokongan seperti sijil SSM, akaun bank syarikat dan lesen berkaitan industri adalah lengkap. Bagi syarikat pembinaan, lesen CIDB menjadi nilai tambah penting dalam urusan perolehan kerja kerajaan tau.

Kesimpulannya pendaftaran MOF bukan sekadar memenuhi keperluan, malah menjadi langkah strategik untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran kerajaan. Menarikan info Ini, nantikan blog seterusnya tentang contoh perniagaan yang perlu mendaftar MOF.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar dengan kami boleh terus hubungi nombor di bawah 

https://wa.me/60193350299 ( WAHIDA )

https://wa.me/60182401892 ( NADIA )