KAD HIJAU CIDB TANPA HADIRI KURSUS SICW?

Pernah tak anda rasa ralat bila nak kena mohon Kad Hijau CIDB, tapi terpaksa pula duduk dalam kelas kursus SICW sehari suntuk?

Sedangkan dalam dompet anda, dah ada macam-macam kad keselamatan dari NIOSH. Mesti anda tertanya-tanya, "Takkanlah tak ada pengecualian langsung? Penatlah nak belajar benda sama dua tiga kali!". Berita baiknya, memang ada jalan pintas untuk anda yang dah ada pengalaman dan sijil keselamatan yang diiktiraf.

Sebenarnya, CIDB sangat memahami beban kerja anda. Kalau anda pemegang Kad NIOSH yang masih aktif seperti NTSP (Tenaga), OGSP (Oil & Gas), atau NTMSP (TM) anda sebenarnya layak untuk skip terus kursus SICW tersebut. Ini bermakna anda tak perlu lagi membazirkan masa sehari suntuk di pusat latihan. Apa yang anda perlukan hanyalah bukti Kad NIOSH yang sah yang memulakan proses pendaftaran Kad Hijau anda dengan kadar segera. (rujuk senarai Sijil Keselamatan yang Diiktiraf CIDB dibawah)

SIJIL KESELAMATAN YANG DIIKTIRAF CIDB

1. Kursus Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan NIOSH:

  • Air Kelantan Safety Card (AKSC)
  • Air Selangor - NIOSH Safety Passport (ANSP) 
  • Contractor Safety Passport System - All Risk Work (CSPS-AR)
  • E-Idaman Safety Passport (EISP)
  • Expressway Operations Safety Passport (EOSP)
  • NIOSH - JABIL Safety Passport (NJSP)
  • NIOSH - Nestle Safety Passport (NNSP)
  • NIOSH - OM Materials Safety Passport (NOMSP)
  • NIOSH - Port Safety Passport (NPTSP)
  • NIOSH - TENAGA Safety Leader Passport (NTSLP)
  • NIOSH - TENAGA Safety Passport (NTSP)
  • NIOSH - TM Safety Passport (NTMSP)
  • Oil and Gas Safety Passport (OGSP)
  • Sabah Local Government Safety Passport (SLGSP)
  • Sarawak Energy Safety Passport (SESP)
  • SESB Employee Safety Passport (SESP)

2. 'Blue Card Safety Induction' SHE KVMRT 

Nota  : Khas untuk personel binaan yang bekerja dibawah Projek Mass Rapid Transit Laluan 2: Sg.Buloh - Serdang - Putrajaya (SPP)

3. GAMUDA Construction SHE Passport (GCSP)

4. Petronas Internal Induction (Health, Safety & Environment)

5. Tenaga Safety Passport (TSP)

Sumber : LAMAN WEB CIDB

Namun, ramai yang mula pening bila memikirkan tentang sistem CIMS CIDB. Walaupun nampak mudah, proses nak memohon "Pengecualian Latihan" dan memuat naik dokumen yang betul boleh jadi sangat mencabar kalau tersalah langkah. Silap hantar gambar atau salah pilih kategori, permohonan anda boleh ditolak. 

Zaman sekarang anda tak perlu lagi bersusah payah menghadap komputer atau beratur di pejabat CIDB. Dengan servis NNS BUSINESS MANAGEMENT, anda hanya perlu hantar salinan Kad NIOSH (depan belakang) serta salinan IC melalui WhatsApp sahaja. Kami akan uruskan semuanya daripada proses permohonan pengecualian sehinggalah kad anda diluluskan oleh pihak CIDB. Prosesnya jauh lebih cepat, selamat, dan yang paling penting, anda tidak perlu pening kepala dengan teknikal sistem.

Jadi sebelum anda mendaftar kursus yang tidak perlu, cuba semak semula tarikh luput Kad NIOSH anda. Selagi ia masih sah, "tiket ekspress" anda masih boleh gunakan. Jika anda mahu uruskan pendaftaran Kad Hijau dilakukan dengan pantas tanpa perlu masuk kelas. Biar NNS uruskan semua dan anda cuma tunggu kad sampai ke tangan!. Tak tahu cara nak daftar/renew Kad Hijau boleh hubungi NNS BUSINESS MANAGEMENT kami ada buat perkhidmatan daftar/renew Kad Hijau CIDB tau. Ingin mengetahui tentang info-info lanjut, anda boleh mengikuti akaun media sosial kami seperti di bawah ⇓⇓

FACEBOOK

INSTAGRAM

TIKTOK

https://wa.me/60193350299 (WAHIDA)

https://wa.me/60182401892 (NADIA)