PANDUAN MUDAH UNTUK KONTRAKTOR G1

MCORE atau Micro Competitiveness Rating for Enhancement merupakan satu sistem penilai yang diperkenalkan oleh CIDB Malaysia bagi menilai tahap keupayaan kontraktor Gred G1.

(CONTOH SIJIL MCORE)

Sistem ini diwujudkan untuk memastikan setiap kontraktor mempunyai asas yang kukuh dari segi pengurusan, kewangan, teknikal dan operasi sebelum layak memperbaharui atau mengekalkan lesen CIDB.

Penilaian ini bukan sekadar prosedur pentadbiran, tetapi berfungsi sebagai satu kaedah untuk menilai tahap sebenar keupayaan sesebuah syarikat kontraktor dalam melaksanakan kerja pembinaan dengan lebih tersusun, berkualiti dan mematuhi standard yang ditetapkan oleh CIDB. Melalui sistem ini, pihak CIDB dapat mengenal pasti tahap kesediaan dan kompetensi kontraktor G1 yang kebanyakannya terdiri syarikat berskala kecil dalam industri pembinaan. 

Dalam proses penilaian MCORE, beberapa paramater utama akan digunakan bagi menilai prestasi dan keupayaan syarikat, dan setiap parameter ini mempunyai peranan penting dalam menentutkan tahap keseluruhan penilaian kontraktor.

  • Keupayaan kewangan syarikat
  • Keupayaan Teknikal dan tenaga kerja 
  • Keupayaan Bisnes 
  • Pengurusan Perniagaan

Kesemua aspek ini akan dinilai secara menyeluruh bagi memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai tahap kompetensi sebenar sesebuah kontraktor G1.

Walaupun tujuan pelaksanaan Mcore adalah untuk meningkatkan kualiti dan standard industri pembinaan, masih ramai kontaktor yang menghadapi kesukaran dalam memahami proses ini. Antara cabaran utama adalah berkaitan penyediaan dokumen yang lengkap, pemahaman terhadap sistem dalam talian CIMS serta keperluan memastikan setiap maklumat yang diisi adalah tepat dan selaras dengan kehendak penilaian CIDB.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan dalam dokumen yang dihantar, ia boleh menyebabkan permohonan tertangguh atau berkemungkinan tidak diluluskan. Oleh itu, persediaan awal yang teratur serta pemahaman yang jelas mengenai proses MCORE amat penting bagi memastikan segala urusan berjalan lancar tanpa menjejaskan operasi perniagaan dalam industri pembinaan yang semakin kompetitif. 

Hubungi NNS untuk maklumat lanjut dan panduan lengkap.

https://wa.me/60193350299 (wahida)

https://wa.me/60182401892 (nadia)