KEWAJIPAN KONTRAKTOR

AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994 (AKTA 520)

Kewajipan kontraktor

34B. (1) Seseorang kontraktor yang mengusahakan apa-apa kerja pembinaan hendaklah -

 

(a) memberitahu dan mengemukakan kepada Lembaga apa-apa maklumat dan dokumen, termasuk apa-apa dokumen sokongan yang berhubungan dengan kerja pembinaan itu, sama ada baru atau sebaliknya, mengikut Akta ini;

 

(b) memastikan kerja pembinaan dijalankan mengikut peruntukan Akta ini, mana-mana peraturan, terma dan syarat yang dikenakan oleh Lembaga dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain; dan

 

(c) memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan.

 

(2) Bagi maksud seksyen ini, "memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan" ertinya memastikan bahawa mana-mana bangunan atau kerja pembinaan yang sedang dijalankan atau telah dijalankan dengan apa- apa cara yang -

 

(a) tidak menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan risiko kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta; atau

 

(b) tidak menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan keruntuhan keseluruhan atau sebahagian -

 
 

(i) bangunan yang berkenaan dengannya kerja pembinaan itu kerja pembinaan itu sedang dijalankan atau telah dijalankan; atau

 

(ii) apa-apa bangunan, jalan atau pembentukan semula jadi yang bertentangan, selari, bersebelahan atau rapat dengan mana-mana bahagian bangunan atau kerja pembinaan itu.