RENEW LESEN CIDB KALI PERTAMA: SYARAT & KURSUS WAJIB

Pertama kali ingin renew lesen CIDB? Kontraktor yang ingin membuat pembaharuan Lesen CIDB (PPK) kali pertama perlu mengetahui kursus dan syarat yang ditetapkan oleh CIDB

Antara kursus yang diperlukan ialah Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor serta Kursus Pengurusan Bisnes. Pembelajaran dijalankan secara dalam talian, manakala ujian penilaian perlu dihadiri di lokasi yang ditetapkan oleh CIDB.

☎️ Perlukan bantuan Pembaharuan Lesen CIDB? Hubungi kami untuk semakan awal.

Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor 

Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman kontraktor mengenai integriti, etika dan tanggungjawab dalam industri pembinaan.

Syarat kursus :

  • Peserta perlu melengkapkan 100% pembelajaran dan kuiz dalam tempoh 60 hari.
  • Kegagalan melengkapkan pembelajaran dalam tempoh yang ditetapkan menyebabkan pendaftaran terbatal dan peserta perlu membuat pendaftaran serta pembayaran baharu.
  • Sebarang pertukaran nama perserta, nombor kad pengenalan dan nama syarikat selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
  • Pendaftaran ujian penilaian perlu dibuat sebelum tempoh pembelajaran tamat.

Syarat ujian penilaian : 

Peserta wajib melengkapkan pembelajaran, hadir sendiri dan membawa kad pengenalan. Wakil tidak dibenarkan menduduki ujian bagi pihak peserta. 

Mata CCD : 15 mata selepas melengkapkan pembelajaran dan lulus ujian penilaian.

Kursus Pengurusan Bisnes 

Kursus Pengurusan Bisnes merupakan antara kursus yang diperlukan bagi kontraktor yang pertama kali memperbaharui lesen CIDB.

Syarat kursus :

  • Pembelajaran perlu diselesaikan dalam tempoh 60 hari
  • Pendaftaran akan terbatal jika pembelajaran tidak diselesaikan dalam tempoh ditetapkan dan peserta perlu mendaftar serta membayar semula.
  • Pertukaran nama peserta atau syarikat selepas pendaftaran tidak dibenarkan
  • Peserta boleh mendaftar ujian penilaian selepas melengkapkan 100% pembelajaran, selagi tempoh pembelajaran masih sah.

Syarat ujian penilaian : 

Peserta perlu melengkapkan pembelajaran, hadir sendiri dan membawa kad pengenalan untuk pengesahan identiti.

Mata CCD : 40 mata selepas melengkapkan pembelajaran dan lulus penilaian.

☎️ Tak pasti dokumen Pembaharuan Lesen CIDB yang diperlukan? Hubungi kami untuk semakan awal

Soalan Lazim 

  1. Bolehkah kursus CIDB dibuat secara online?
    Ya, pembelajaran bagi kursus yang dinyatakan dijalankan secara dalam talian. Ujian penilaian pula perlu dihadiri mengikut ketetapan CIDB.

  2. Berapa mata CCD yang diperoleh selepas lulus kursus
    Kursus Integriti menawarkan 15 mata CCD, manakala Kursus Pengurusan Bisnes menawarkan 40 mata CCD.

  3. Bolehkah NNS membantu pendaftaran kursus CIDB?
    Ya. NNS menyediakan bantuan berkaitan pendaftaran kursus dan urusan pembaharuan Lesen CIDB

Perlukan Bantuan Daftar Kursus atau Renew Lesen CIDB?

Pertama kali ingin memperbaharui Lesen CIDB tetapi tidak pasti kursus dan syarat yang perlu dipenuhi? Jangan risau! NNS Business Management sedia membantu anda dari proses pendaftaran kursus hingga urusan pembaharuan Lesen CIDB agar lebih dan teratur. Jangan tunggu sehingga lesen tamat tempoh! Hubungi NNS hari ini untuk mendapatkan panduan dan bantuan bagi memudahkan urusan pembaharuan Lesen CIDB anda.

☎️ Hubungi kami melalui WhatsApp untuk semakan Pembaharuan Lesen CIDB dan maklumat lanjut

Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.

Sila Hubungi

 
019-335 0299

NNS Business Management adalah syarikat konsultan, perunding dan pengurusan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan servis pendaftaran serta pembaharuan lesen CIDB, MOF dan Kad Hijau kepada kontraktor atau syarikat secara Profesional.

Facebook : NNS.Management / Lesen Kontraktor Murah
TikTok : NNSManagement
© Copyright NNS Business Management