KURSUS YANG DIPERLUKAN JIKA PERTAMA KALI RENEW LESEN CIDB

Kontraktor yang ingin memperbaharui lesen CIDB kali pertama perlu mengambil kursus dan peperiksaan iaitu

Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor dan Kursus Pengurusan Bisnes. Kursus ini dijalankan secara atas talian manakala ujian penilaian perlu dijawab di cawangan CIDB. 

1. KURSUS INTEGRITI DAN KOD ETIKA KONTRAKTOR

Syarat-syarat Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor 

  • Peserta perlu melengkapkan soalan kuiz dalam tempoh 60 hari. Sekiranya gagal berbuat demikian, penyertaan peserta akan terbatal dan peserta perlu membuat pendaftaran baru beserta bayaran semula. Segala pindaan atau pertukaran nama, nombor pendaftaran kad pengenalan dan nama syarikat setelah di daftarkan adalah tidak dibenarkan. 
  • Peserta boleh mendaftar untuk ujian penilaian sejurus sahaja menyelesaikan 100% pembelajaran kuiz. Pendaftaran ujian penilaian ini perlu di buat dalam tempoh baki pembelajaran yang masih ada. Jika tempoh pembelajaran ini telah tamat peserta tidak boleh mendaftar ujian penilaian lagi. 

Syarat-syarat kelayakan menduduki ujian penilaian

  • Peserta perlu memenuhi keperluan pembelajaran Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor sebelum dibenarkan menduduki ujian penilaian.
  • Peserta tidak dibenarkan mewakilkan individu lain untuk menduduki ujian penilaian. Tiada sebarang pengecualian atau alasan akan dipertimbangkan.
  • Peserta wajib membawa kad pengenalan semasa menduduki ujian penilaian. 
  • Peserta boleh dihalang daripada menduduki ujian sekiranya gagal membawa item tersebut. 

Jumlah Mata CCD

Sekiranya peserta melengkapkan pembelajaran serta lulus ujian penilaian, peserta akan mendapat 15 mata CCD.

 2. KURSUS PENGURUSAN BISNES

 Syarat-syarat Kursus Pengurusan Bisnes 

  • Peserta perlu melengkapkan pembelajaran dalam tempoh yang diberikan iaitu selama 60 hari. Penyertaan peserta akan terbatal dan peserta perlu membuat pendaftaran baru beserta bayaran semula sekiranya gagal berbuat demikian.
  • Segala pindaan atau pertukaran penama dan nama syarikat setelah di daftarkan adalah tidak dibenarkan.
  • Peserta boleh mendaftar tarikh ujian penilaian selepas selesai menjawab 100% pembelajaran. Pendaftaran ujian perlu di buat dalam tempoh baki pembelajaran yang masih ada. Jika tempoh pembelajaran telah tamat peserta tidak dibenarkan untuk mendaftar ujian. 

Syarat kelayakan menduduki ujian penilaian 

  • Peserta perlu memenuhi keperluan pembelajaran Kursus Pengurusan Bisnes sebelum dibenarkan menduduki ujian penilaian.
  • Peserta tidak dibenarkan mewakilkan individu lain untuk menduduki ujian penilaian. Tiada sebarang pengecualian atau alasan akan dipertimbangkan.
  • Peserta wajib membawa kad pengenalan semasa menduduki ujian penilaian.
  • Peserta boleh dihalang daripada menduduki ujian sekiranya gagal berbuat demikan. 

Jumlah Mata CCD

Sekiranya peserta melengkapkan pembelajaran serta lulus ujian penilaian, peserta akan mendapat 40 mata CCD.

 

Berminat nak daftar kursus? Hubungi kami segera ⇓

https://wa.me/60193350299 (Alya)

https://wa.me/60182401892 (Nadia)

 

 

#consultantpercuma #kadhijau #skorspkk

#kontraktorbinarumah #lesenkontraktor #sijiltarafbumiputera

#daftarmof #kontraktor #score #sijilkontraktor #sijiltarafbumi

#daftarcidb #binarumah #sijilperolehankerjakerajaan

#pembekal #selangor #perak #kedah #perlis #johor #melaka

#negerisembilan #penang #pahang #terengganu #kelantan

#renovation #malaysia

#mudahdanpantas