Nak daftar Lesen CIDB tapi tak pasti nak mula dari mana?.
Soalan ni memang paling kerap ditanya, terutamanya oleh kontraktor baru. Jom saya terangkan langkah pertama dan keperluan awal sebelum proses pendaftaran Lesen CIDB.
Sebelum mendaftar Lesen CIDB, perkara asas yang perlu difahami ialah CIDB hanya menerima permohonan daripada syarikat yang berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi semenanjung manakala Lesen Trading atau Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan daerah setempat bagi Sabah & Sarawak. Sekiranya syarikat belum berdaftar sama ada sebagai enterprise, syarikat sendirian berhad atau LLP, proses pendaftaran CIDB tidak boleh dimulakan dan pendaftaran SSM perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Selepas itu, pemohon perlu menentukan kategori pendaftaran yang ingin dipohon di bawah CIDB. Bagi syarikat yang ingin menjalankan kerja pembinaan dan mengambil projek, pendaftaran sebagai kontraktor adalah diperlukan. Dalam kategori ini, pemilihan gred memainkan peranan penting kerana setiap gred mempunyai syarat yang berbeza. Untuk syarikat baharu yang baru bermula, gred G1 sering menjadi pilihan kerana keperluannya lebih ringkas dan kosnya lebih rendah. (Sila rujuk jadual pemilihan gred Lesen CIDB dibawah).

Pada peringkat ini, pemohon juga perlu memilih bidang kerja yang bersesuaian dengan aktiviti pembinaan yang akan dijalankan. Pemilihan bidang yang tepat adalah penting kerana ia akan menentukan jenis projek yang boleh dilaksanakan oleh syarikat selepas lesen diluluskan.
Dari segi keperluan teknikal, bagi permohonan PPK G1 - G3, CIDB tidak mewajibkan pelantikan personel teknikal. Ini memudahkan syarikat baharu yang belum mempunyai struktur organisasi yang lengkap. Namun begitu, pemohon masih perlu memastikan maklumat syarikat, dokumen sokongan dan butiran asas adalah lengkap dan tepat seperti yang ditetapkan oleh CIDB.
Apabila semua persediaan awal ini telah dikenal pasti, langkah rasmi seterusnya ialah pendaftaran akaun dalam Sistem Pengurusan Bersepadu CIDB (CIMS). Melalui sistem ini, permohonan lesen CIDB akan dibuat sepenuhnya secara dalam talian, termasuk pengisian borang, pemuatan dokumen dan pembayaran yuran. Akaun CIMS yang aktif merupakan keperluan asas sebelum sebarang permohonan boleh diproses.
Secara keseluruhan, proses pendaftaran lesen CIDB memerlukan pemahaman yang jelas tentang keperluan mengikut gred yang dipohon. Dengan persediaan awal yang betul, khususnya bagi PPK G1, proses pendaftaran boleh dilaksanakan dengan lebih lancar tanpa kekeliruan atau kesilapan yang tidak perlu.
Hubungi NNS untuk maklumat lanjut dan panduan lengkap.
https://wa.me/60193350299 (WAHIDA)
https://wa.me/60182401892 (NADIA)
