PANDUAN LESEN CIDB UNTUK BISNES PEMBINAAN

Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa kontraktor yang berdaftar dengan CIDB nampak lebih dipercayai dan mudah dapat projek kerajaan?

Sebenarnya, Lesen CIDB bukan sekadar dokumen rasmi tau, ia adalah kunci untuk bisnes pembinaan anda berkembang.

Bayangkan, syarikat anda boleh menyertai tender kerajaan, meningkatkan kredibiliti, dan membuktikan bahawa perniagaan anda sah dan profesional. Menarik, kan? Tapi macam mana nak mula, dan lesen apa yang perlu dimiliki? Jom NNS terangkan satu persatu.

 

  1. PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK) - ialah Lesen asas utama yang dikeluarkan oleh CIDB kepada kontraktor tempatan atau asing yang ingin menjalankan kerja pembinaan. Sijil ini menujukkan bahawa syarikat atau kontraktor itu telah sah berdaftar dengan CIDB dan layak mengambil kerja pembinaan dalan gred, kategori dan pengkhususan yang ditetapkan semasa pendaftaran. Pendaftaran ini mesti aktif sebelum sebarang kerja pembinaan dilakukan.


  2. SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) - ialah sijil tambahan yang memperakui kontraktor layak untuk menyertai perolehan kerajaan dalam bidang pembinaaan yang dikhususkan untuk kontraktor kerajaan. Selain PPK, kontraktor yang ingin menyertai tender atau projek kerajaan perlu mendapatkan SPKK.



  3. SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB) - menunjukkan syarikat tersebut berstatus Bumiputera dan layak memohon projek kerajaan yang memberi keutamaan kepada kontraktor Bumiputera. STB untuk kontraktor yang ingin memohon keistimewaan atau peluang perolehan kerajaan yang dikhaskan kepada kontraktor Bumiputera.

Secara ringkas, lesen dan sijil CIDB membolehkan kontraktor berdaftar menjalankan kerja pembinaan dengan sah dan profesional, di mana PPK berfungsi sebagai lesen utama untuk semua kontraktor, SPKK memberikan kelayakan tambahan untuk mengambil projek kerajaan, manakala STB pula membolehkan kontraktor Bumiputera mengakses tender khas dan peluang eksklusif dalam sektor perolehan kerja kerajaan, sekaligus meningkatkan kredibiliti dan peluang perniagaan dalam industri pembinaan.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar lesen CIDB dengan NNS BUSINESS MANAGEMENT, anda boleh HUBUNGI kami. atau ingin mengetahui tentang info-infa lanjut, anda boleh mengikuti akaun media sosial kami yang tertera seperti di bawah ⇓⇓

FACEBOOK

INSTAGRAM

TIKTOK