PERBEZAAN DIANTARA MCORE DAN SCORE

Blog kali ini NNS mahu menerangkan apa itu Penarafan CIDB,

kerana ada yang masih keliru perlu ke syarikat mereka menyertai sistem penilaian rasmi oleh CIDB ni.

APA ITU PENARAFAN CIDB?

Penarafan CIDB merujuk kepada proses penilaian prestasi dan kemampuan kontraktor, yang ditetapkan oleh CIDB, sebagai syarat untuk pembaharuan dan pendaftaran kontraktor. Ianya diwujudkan untuk memastikan syarikat kontraktor tempatan mempunyai standard profesional, teknikal dan pengurusan yang baik.

KEPENTINGAN PENARAFAN CIDB

  • Menentukan kebolehlayakan kontraktor untuk mengambil projek, terutamanya projek kerajaan yang memerlukan SPKK
  • Meningkatkan standard perkhidmatan dan pengurusan kontraktor di Malaysia
  • Membantu klien dan pemilik projek membuat pilihan kontraktor yang berkualiti 

Terdapat 2 jenis sistem penarafan iaitu SCORE dan MCORE. Jadual di bawah menunujukkan ringkasan perbezaan antara 2 jenis sistem penarafan CIDB.

ASPEK SCORE MCORE
Untuk siapa? Kontraktor G2–G7 Kontraktor G1
Bilangan parameter? 7 parameter 4 parameter
Apa yang dinilai? Keupayaan & prestasi syarikat secara menyeluruh Keupayaan & kemampuan kontraktor kecil
Keluaran  Penarafan bintang (contoh 2⭐–5⭐) Penarafan tahap keupayaan kontraktor kecil
Kegunaan utama  Syarat SPKK & pembaharuan lesen Syarat pembaharuan lesen G1

 

 

KESIMPULAN

Kontraktor G2 - G7 perlu mendapatkan penarafan SCORE untuk pembaharuan lesen dan layak memohon SPKK manakala Kontraktor G1 perlu melalui penilaian MCORE untuk pembaharuan Lesen mereka. Tak tahu cara nak dapatkan SCORE dan MCORE? Jangan risau kami juga menyediakan perkhidmatan untuk buat SCORE dan MCORE. Boleh hubungi nombor yang tertera dibawah atau follow laman sosial kami untuk lebih info yang menarik.

https://wa.me/60193350299 (WAHIDA)

https://wa.me/60182401892 (NADIA)

https://www.facebook.com/NNS.Management (FACEBOOK)

https://www.instagram.com/nnsmanagement/ (INSTAGRAM)