SYARAT & DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK DAFTAR G1 BUMIPUTERA
Baru- baru ini ramai client kami tanya, "Nak daftar G1 Bumiputera ni susah ke? Perlu banyak dokumen ke?.
Sebenarnya, prosesnya lebih mudah daripada yang ramai sangka, asalkan anda faham syarat yang perlu dipenuhi dan dokumen yang diperlukan. Dengan sedikit panduan awal, anda boleh elak kesilapan yang sering berlaku dan permohonan boleh berjalan lancar. Dalam artikel ini, kami senaraikan syarat-syarat dan dokumen yang lengkap, dan bagi mereka yang masih keliru, kami cuba bimbing anda langkah demi langkah supaya lebih jelas dan mudah.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENDAFTARAN BAHARU G1 (BUMIPUTERA)
- Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB yang masih sah.
- 100% Bumiputera dari segi Pegangan Saham, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja.
- Modal berbayar/modal terkumpul untuk Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) adalah RM 10,000.
- Mempunyai seorang Personel Teknikal yang terdiri daripada pengarah/pemilik syarikat atau pekerja yang digajikan (memiliki Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/ Sijil akedemik daripada Institut Pengajian Tinggi yang berkaitan bidang pembinaan)
- Ahli Lembaga Pengarah/Pemilik, Pemegang Saham/Pemilik Modal, Pengurusan Utama, Personel Teknikal, Orang Kompeten dan Penama SPKK syarikat yang telah memilik SPKK tidak boleh wujud/didaftarkan dalam mana-mana syarikat lain yang telah mempunyai SPKK.
- Syarikat yang mana sahamnya dipegang oleh syarikat lain, tidak layak memohon pendaftaran G1 Bumiputera.
- Bebas dari sabitan tindakan tatatertib atau mahkamah semasa mengemukakan permohonan.
Kalau anda masih ragu sama ada syarikat layak atau ada persoalan tentang personel teknikal, boleh semak dahulu dengan pihak NNS. Lebih awal dapat kepastian, lebih mudah proses permohonan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan e-info SSM cetakan tahun terkini (ROC/ROB)
- Salinan Sijil Kelahiran setiap Pemegang Saham/Ahli Lembaga Pengarah/Penama Dalam Sijil STB
- Salinan Kad Pengenalan Pemegang Saham/Ahli Lembaga Pengarah/Penama Dalam Sijil STB
- Borang Pengakuan Pekerjaan
- Surat Pengesahan Bank Penandatangan Cek
* Untuk maklumat dokumen tambahan mandatori yang lain, boleh hubungi NNS BUSINESS MANAGEMENT.
Kesimpulan
Daftar G1 Bumiputera tidak sesusah yang dibayangkan, tetapi memerlukan persediaan dan kesabaran. Pastikan syarat dipenuhi dan dokumen lengkap sebelum menghantar permohonan. Apa yang anda dapat jika berurusan dengan NNS ialah konsultasi percuma, semakan dokumen dan tambahan dokumen yang diperlukan untuk mendaftar Lesen G1 Bumiputera. Dengan sedikit panduan awal, proses permohonan boleh jadi lebih mudah, cepat dan lancar! Hubungi kami dan ikuti laman sosial kami untuk info-info terkini.
https://wa.me/60193350299 (WAHIDA)
https://wa.me/60182401892 (NADIA)
