PENDAFTARAN BAHARU LESEN CIDB G1 BUMIPUTERA

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan pembukaan semula pendaftaran baharu

kontraktor G1 Bumiputera Pada 16 ogos 2019 yang membolehkan kontraktor yang berkelayakan memohon untuk mendaftar sebagai kontraktor G1 Bumiputera mulai 1 September 2019. Keputusan kerajaan untuk pembukaan semula pendaftaran baharu kontraktor G1 Bumiputera bertujuan memberi peluang kepada generasi baharu termasuk belia lepasan pusat latihan kemahiran yang mempunyai latar belakang teknikal untuk mula berkecimpung dalam industri pembinaan. Langkah ini dapat melahiran lebih ramai kontraktor bumiputera yang berdaya maju dan mampu memainkan peranan utama dalam industri pembinaan.

 

1). SYARAT PERMOHONAN PENDAFTARAN BAHARU G1 (BUMIPUTERA)

  • Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB yang masih sah.
  • 100% Bumiputera dari segi Pegangan Saham, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja.
  • Modal berbayar / Modal terkumpul untuk Sijil Perolehan Kerja Kerjaan (SPKK) aadalah RM 10,000.
  • Mempunyai Seorang Personel Teknikal yang terdiri daripada Pengarah / pemilik syarikat atau pekerja yang digajikan (memiliki Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) / Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Sijil Akademik daripada Institut Pengajian Tinggi yang berkaitan bidang Pembinaan).
  • Ahli Lembaga Pengarah / Pemilik, pemegang Saham / Pemilik Modal, Pengurusan utama, Personel Teknikal, orang kompeten dan Penama SPKK Syarikat yang telah memiliki SPKK tidak boleh Wujud / didaftarkan dalam mana-mana Syarikat lain yang telah mempunyai SPKK.
  • Syarikat yang mana sahamnya dipegang oleh syarikat lain, tidak layak memohon Pendafataran G1 Bumiputera.
  • Bebas dari sabitan tindakan tatatertib atau mahkamah semasa mengemukakan permohonan.

2). POLISI PENDAFTARAN 

A). KONTRAKTOR BAHARU G1 BUMIPUTERA

  • Tempoh maksimum bagi pendaftaran baharu gred G1 adalah 12 tahun (4 kali Pembaharuan Pendaftaran) dengan mengambil kira setiap kali pembaharuan tempoh kelulusan maksimum 3 tahun.
  • Selepas tempoh maksimum 12 tahun. Kontraktor tidak lagi layak mendaftar SPKK & STB G1 Bumiputera dan perlu naik ke gred lebih tinggi.
  • Bagi Pembaharuan kali pertama. Kontraktor masih tertakluk kepada syarat sediada seperti lulus kursus Intergriti dan Mata CCD.

B). KONTRAKTOR SEDIADA G1

  • Kontraktor Gred G1 Bumiputera sediada yang telah berdaftar melebihi 20 tahun. hanya dibenarkan memperbaharui pendaftaran dengan tempoh maksimum 6 tahun (2 kali Pembaharuan Pendaftaran), dengan mengambil kira setiap kali Pembaharuan tempoh kelulusan maksimum 3 tahun, selepas tempoh tersebut, kontraktor perlu naik ke gred lebih tinggi.
  • Bagi kontraktor G1 (Bumiputera) sediada yang berdaftar kurang daripada 20 tahun, tempoh maksimum Pendaftaran adalah sehingga 26 tahun dari tarikh mula berdaftar. Selepas tempoh tersebut, kontraktor perlu naik ke gred lebih tinggi.
  • Bermula 2021, kontraktor sediada yang ingin memperbaharui pendaftran G1, Wajib ada sekurang-kurangnya Personel Teknikal dalam syarikat yang memiliki SKK/SKM/Sijil Akademik dari IPT yang berkaitan bidang Pembinaan. Mereka mestilah dari kalangan Pengarah / Pemilik Syarikat atau Pekerja yang digajikan oleh Syarikat.
  • Kontraktor sediada G2 dan ke atas yang memiliki SPKK tidak boleh membatalkan Pendaftarannya dan memohon daftar baharu G1 SPKK.

 

Pendaftaran baharu lesen CIDB G1 BUMIPUTERA membuka peluang kepada kontraktor yang berkelayakan untuk memperoleh pengiktirafan dan memainkan peranan utama dalam industri pembinaan negara. Oleh itu, dapatkan lesen CIDB G1 BUMIPUTERA anda sekarang dan mulakan perjalanan menuju kejayaan dalam industri pembinaan. HUBUNGI kami untuk maklumat lanjut dan bantuan dalam proses pendaftaran.