TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR BERDAFTAR LESEN CIDB

1. KONTRAKTOR TEMPATAN 

i). Syarat Am

a). Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan

tidak boleh dipindah milik.

b). Lembaga mempunyai hak mengakaji semula gred pendaftaran kontraktor dari masa ke semasa.

ii). Tanggungjawab dan obligasi kontraktor 

a). Kontraktor hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Lembaga Pembagunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 ( "AKTA 520" ) (PINDAAN 2011) Peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya dan apa-apa terma, syarat-syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dari masa ke semasa.

b). Kontraktor tidak boleh menyertai mana-mana tender atau melaksanakan apa-apa kerja pembinaan selepas habis tempoh perakuan ini dan sehingga ianya diperbaharui.

c). Kontraktor tidak boleh mengakujanji untuk membina apa-apa projek pembinaan yang melebihi nilai kerja pembinaan yang dinyatakan di bawah gred pendaftaranya dantidak boleh melaksanakan  apa-apa projek pembinaan di luar kategori pendaftarannya.

d). Kontraktor hendaklah mengemukakan maklumat maklumat mengenai apa-apa kerja pembinaan atau projek dalam tempoh empat belas (14 hari) selepas di awad.

e). Kontraktor hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Lembaga dari masa ke semasa.

f). Kontraktor hendaklah mempamerkan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh Lembaga atau salinan perakuan Pendaftaran yang diperakui oleh Lembaga di tempat Perniagaannya.

g). Kontraktor hendaklah mempamerkan nombor pendaftaran atas papan tanda di setiap tapak pembinaannya.

h). Kontraktor hendaklah mematuhi prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam buku kod etika kontraktor CIDB.

i). Kontraktor hendaklah melantik pekerja binaan mahir dan penyelia tapak yang diakreditasi dan diperakui oleh Lembaga.

j). Semua pekerja ditapak bina hendaklah mempunyai kad personal binaan yang masih sah.

k). Kontraktor hendaklah memastikan produk atau bahan binaan yang digunakan adalah berdasarkan kehendak MS (Malaysian Standard) atau standard lain yang diluluskan oleh pihak berkuasa dalam Malaysia dan diperakukan oleh Lembaga.

iii). Tindakan tatatertib

Mengikut peraturan 15, Peraturan-peraturan pendaftaran kontraktor (Industi Pembinaan) 1995, Lembaga boleh membatal atau menggantung pendaftaran mana-mana kontraktor berdaftar dibawah peraturan-peraturan ini jika:

a). Pemegang perakuan telah dihukum sebagai bankrupt ; atau

b). Petisyen penggulangan berhubung dengan kontraktor telah diserahkan ;atau 

c). Pemegang perakuan gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau peraturan peraturan pendaftaran: atau 

d). Pemegang Perakkan telah memperoleh perakkan dengan membuat perakuan atau penyataan palsu secara bertulis atau sebaliknya: atau

e). Pemegang perakuan meninggalkan kerja pembinaan yang sedang dijalankan; atau 

f). Pemegang perakuan didapati bersalah oleh mahkamah atau mana-mana hadan penyiasat yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis kerana cuai  dalam pelaksanaan kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan; atau 

g). Pemegang perakuan telah melanggar atau gagal mematuhi: atau telah membantu pelanggaran mana-mana terma, syarat-syarat atas butasan yang dikenakan oleh CIDB.

 

NOTA:

i). Kontraktor yang pendaftaran telah dibatalkan atau digantung tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana tender baru atau meneruskan mana-mana kerja pembinaan.

ii). Pihak CIDB boleh dalam keadaan tertentu membenarkan kontraktor yang perakuan pendaftarannya telah dibatalkan untuk menyiapkan kerja semasanya.

iii). Tindakan tatatertib dan keputusan yang dibuat ke atas PPK akan menjejaskan status SPKK.

 

2) KONTRAKTOR ASING

i). Syarat Am

a). Perakuan pendaftaran kontraktor asing yang dikeluarkan ini tidak boleh dipindahmilik.

b). Perakuan ini membenarkan pemegang perakuan itu menjalankan hanya projek yang dinyatakan dalam perakuan ini. 

c). Perakuan ini tidak membenarkan pemegang perakuan itu menyertai suatau tender bagi apa-apa kerja pembinaan atau untuk menjalankan apa-apa kerja pembinaan yang lain.

ii). Tempoh Sah Laku Perakuan 

Perakuan ini sah sehingga tarikh tamat tempoh projek yang dinyatakan dalam perakuan ini.

iii). Tanggungjawab Dan Obligasi Kontraktor 

a). Kontraktor Asing hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Akta (Pindaan 2011) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ("Akta"), Peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya dan apa-apa terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dari semasa kesemasa.

b). Sekiranya tarikh penyiapan projek itu dilanjutkan, kontraktor hendaklah memohon kepada Lembaga dalam tempoh empat belas hari sebelum habis tempoh untuk melanjutkan perakuan pendaftaran. Dokumen sokongan hendaklah disertakan.

c). Kontraktor Asing hendaklah mempamerkan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh lembaga atau suatu salinan sah diperakui perakuan itu oleh lembaga di tempat perniagaan.

d). Kontraktor Asing itu hendaklah mempamerkan nombor pendaftarannya atas papan tanda disetiap tapak pembinaan.

iv). Tindakan Tatatertib

Pendaftaran Kontraktor Asing akan dibatal, digantung atau jika-

a) Kontraktor Asing itu tidak mematuhi kehendak mana-mana undang-undang bertulis lain,

b). Kontraktor Asing itu telah dihukum menjadi bankrap.

c). Petisyen penggulungan berhubung dengan kontraktor asing itu telah diserahkan;

d). Kontraktor asing itu telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta;

e). Kontraktor asing itu telah mendapat perakuan dengan membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa akuan, Pemerakuan atau representasi palsu atau fraud sama ada secara bertulis atau selainnya;

f). Kontraktor asing itu telah meninggalkan apa-apa kerja pembinaan yang diakujanji tenpa apa-apa sebab yang munasabah;

g). Kontraktor asing itu didapati cuai oleh mahkamah atau mana-mana lembaga penyiasatan yang ditubuhkan dibawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan mana-mana kerja pembinaan yang telah diakujanji; atau.

h). Kontraktor asing telah melanggar, apa-apa terma dan syarat tanggungjawab dan obligasi kontraktor seperti yang dinyatakan dalam para 2

 

KESIMPULAN

Kesimpulanya, kontraktor tempatan dan kontraktor asing memiliki tanggungjawab dan obligasi yang harus dipatuhi dalam menjalankan projek pembinaan. Kesemua kontraktor wajarlah melaksanakan tanggungjawab tersebut supaya menjaga reputasi industri pembinaan untuk negara.

Jika ada sebarang pertanyaan tentang info lanjut boleh hubungi kami ⇓⇓

https://wa.me/60193350299 ( ALYA )

https://wa.me/60182401892 ( NADIA )