Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), siapakah mereka ini ? Mungkin beberapa orang sudah
mengetahui tentang CIDB ini tetapi kemungkinan ada segelintir lagi yang kurang mengetahui dan kurang faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan CIDB ini. Tidak mengapa, kami akan terangkan kepada pembaca sehingga pembaca faham apakah itu CIDB dan siapakah itu CIDB.
PENGENALAN
Kementerian Kerja Raya Malaysia menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM), juga dikenali sebagai CIDB Malaysia. Tujuan CIDB Malaysia ditubuhkan adalah untuk mengawasi dan mengembangkan industri pembinaan Malaysia untuk mencapai daya saing global. Visi CIDB adalah untuk memastikan pembinaan yang berkualiti tinggi melalui penggunaan bahan binaan dan produk yang berkualiti.
OBJEKTIF CIDB
Objektif CIDB adalah untuk membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti. (Rujukan dari laman web CIDB)
FUNGSI CIDB
Salah satu tanggungjawab utama CIDB ialah mendaftar dan mengakreditasi mana-mana kontraktor pembinaan yang terlibat di Malaysia mengikut syarat-syarat tertentu. Selain itu, CIDB bertanggungjawab untuk mendaftarkan indivdu yang terlibat dalam pembinaan melalui pendaftaran personel binaan. Selain itu, menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan industri pembinaan dan CIDB bertanggungjawab untuk mengawasi dan menetapkan standard industri pembinaan untuk memastikan projek mematuhi piawaian kualiti dan keselamatan yang ditetapkan. Melalui pelaksanaan standard ini, CIDB memastikan industri pembangunan Malaysia berterusan dan meningkatkan imej dan daya saingnya di pasar global. Di samping itu, CIDB juga menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap yang menyentuh keselamatan awam dan akan mengambil tindakan yang bersesuaian untuk menanganinya.
RUMUSAN
CIDB memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan berkualiti tinggi yang memenuhi standard keselamatan dan kualiti dengan mengutamakan peningkatan produktiviti dan kualiti. CIDB berusaha untuk meningkatkan kapasiti industri pembinaan, meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa, dan memastikan keselamatan rakyat dalam setiap projek pembangunan. Semoga artikel ini membantu anda memahami fungsi dan peranan CIDB dalam memajukan industri pembinaan negara kita. Ia juga sesuai untuk mereka yang baru mengenali dan berjinak dalam industri ini. Hal ini sangat penting kerana perkara seperti pengesahan kontraktor dan pekerja pembinaan adalah penting untuk memastikan keselamatan semua yang terlibat semasa dan selepas pembinaan selesai.
Ha menarik kan info dalam artikel ini, semoga pembaca dapat fahami tentang CIDB . Jika ada sebarang pertanyaan atau berminat lagi untuk mengetahui tentang info lanjut, boleh hubungi nombor tertera di bawah ⇓⇓ atau boleh mengikuti akaun FACEBOOK kami.
https://wa.me/60193350299 (Alya)
https://wa.me/60182401892 (Nadia)