Kad Hijau dan Lesen CIDB merupakan dua dokumen penting dalam industri pembinaan di Malaysia. Kedua-duanya berkait rapat tentang peraturan pembinaan dan
undang-undang tetapi adakah kegunaan Kad Hijau dan juga Lesen CIDB sama atau ada perbezaanya ? Sebelum memberi penerangan tentang perbezaan di antara dua dokumen ini, mari memberi sedikit pengenalan tentang Kad Hijau dan juga Lesen CIDB.
LESEN CIDB
Lesen CIDB merujuk kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Syarikat yang ingin terlibat dalam pembinaan di Malaysia mesti mempunyai lesen ini. Selain daripada itu, lesen cidb mempunyai tiga jenis lesen iaitu Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Lesen CIDB menunjukkan bahawa pemiliknya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh CIDB. Syarat-syarat ini termasuk mempunyai kemahiran, kebolehan, dan kelengkapan teknikal yang diperlukan untuk menjalankan kerja pembinaan secara sah dan profesional. Syarikat yang menerima Lesen CIDB diiktiraf sebagai kontraktor yang sah dan berkelayakan untuk melaksanakan pelbagai jenis projek pembinaan. Lesen CIDB memainkan peranan penting dalam memastikan piawaian keselamatan, kualiti, dan etika dalam industri pembinaan negara.
KAD HIJAU
Kad Hijau, atau dikenali sebagai "Green Card", merujuk kepada kad identiti profesional yang dikeluarkan oleh CIDB. Kad ini diperlukan bagi individu yang bekerja di tapak pembinaan atau yang berada di tapak pembinaan. Dengan memiliki Kad Hijau, seseorang diiktiraf sebagai pekerja yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang pembinaan. Kad Hijau boleh dikeluarkan kepada pelbagai jenis pekerja dalam industri pembinaan, termasuk pekerja am, jurutera, arkitek, pengurusan projek, dan lain-lain. Ia memberi kepastian kepada majikan dan pemilik projek bahawa individu tersebut mempunyai kemahiran dan kebolehan yang diperlukan untuk menjalankan tugas mereka dengan cekap dan profesional.
PERBEZAAN DI ANTARA KAD HIJAU DAN LESEN CIDB
1. FUNGSI
KAD HIJAU - Kad yang wajib dimiliki bagi individu yang bekerja di tapak pembinaan atau yang berada di tapak pembinaan
LESEN CIDB - Sijil yang wajib dimiliki bagi syarikat kontraktor untuk mendaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) secara sah sebelum melaksanakan kerja-kerja pembinaan
2. KEPERLUAN PEMEGANG
KAD HIJAU - diberikan kepada individu sahaja yang bekerja di dalam tapak pembinaan
LESEN CIDB - diberikan kepada syarikat kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan
3. PENUMPUAN UTAMA
KAD HIJAU - Lebih menumpukan kepada pengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan ketika berada di tapak pembinaan bagi mengelakkan kecedaran yang mungkin berlaku. Oleh disebabkan itu bagi individu yang ingin memohon kad hijau perlu hadir Kursus Keselamatan ( SICW ) untuk memberi pengetahuan dan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan.
LESEN CIDB - Lebih menumpukan kepada kelulusan yang membolehkan atau syarikat kontraktor terlibat secara sah dalam aktiviti pembinaan.
RUMUSAN:
Kad Hijau dan Lesen CIDB adalah dua aspek penting dalam pengaturan industri pembinaan di Malaysia. Dalam konteks pengiktirafan kemahiran dan keselamatan, kedua-dua dokumen ini memainkan peranan yang tidak dapat dipandang remeh. Meskipun Kad Hijau memberi tumpuan kepada individu yang terlibat secara langsung di tapak pembinaan dengan menekankan aspek keselamatan dan kesihatan, Lesen CIDB adalah satu kelulusan penting bagi syarikat kontraktor yang melaksanaka kerja-kerja pembinaan. Dengan memahami perbezaan dan kepentingan masing-masing dokumen ini, industri pembinaan dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan berkualiti serta industri pembinaan Malaysia dapat terus berkembang dengan lebih selamat, cekap, dan profesional.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan atau memerlukan bantuan lanjut, jangan ragu untuk HUBUNGI kami. Kami sedia membantu anda. Selain itu, jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut, jangan lupa untuk mengikuti akaun media sosial kami.
https://www.facebook.com/NNS.Management/