Di bawah Kementerian Kewangan (MOF), terdapat pelbagai kod bidang lesen yang memastikan kestabilan dan kecekapan dalam
pengurusan kewangan. Permohonan untuk kod-kod bidang lesen ini perlu diperhatikan dengan teliti bagi memastikan pematuhan undang-undang serta standard yang ditetapkan. Fungsi kod bidang ini digunakan bagi memudahkan Kerajaan mengenal pasti syarikat yang layak memasuki Tender atau Sebut Harga. Oleh itu, kami ingin memberikan pemahaman awal mengenai kod-kod bidang lesen kewangan yang layak dipertimbangkan untuk dipohon bagi syarikat yang beroperasi di rumah.
Syarikat anda berdaftar dengan alamat rumah dalam Suruhunjaya Syarikat Malaysia (SSM), anda hanya boleh memohon kod bidang yang dikhaskan untuk syarikat yang beroperasi di rumah sahaja.
SENARAI KOD BIDANG YANG BOLEH BEROPERASI DI RUMAH KEDIAMAN
(Bagi syarikat yang beroperasi daripada rumah kediaman dengan modal berbayar/terkumpul rm 2,500)
- 010601 (Kit Pendidikan)
- 010602 (Bahan pendidikan)
- 040101 (Makanan dan Bahan mentah kering/Basah)
- 040102 (Makanan dan Minuman (Tin, Botol dan Bungkus)
- 040103 (Makanan Bermasak (Islam)
- 040104 (Makanan Bermasak (Bukan Islam)
- 070201 (Tanaman/Baka/Benih Semaian)
- 070202 (Haiwan Ternakan, Bukan Ternakan dan Akuatik)
- 220503 (Perkakas/Sistem Elektrik)
- 220203 (Alat Muzik, Kesenian Dan Aksesori)
- 221305 (Penyediaan Pentas/ Pameran Pertunjukkan, Taman Hiburan dan Karnival/Pestaria)
- 221306 (Artis Dan Penghibur Professional)
- 221510 (Tempat Letak Kereta)
- 221511 (PA Sistem Dan Alat Muzik)
- 220902 (Menangkap/Menembak Haiwan)
- 221001 (Pembersihan Bangunan Dan Pejabat)
- 221002 (Membersih Kawasan)
- 221003 (Mengangkat Sampah)
- 221005 (Mencuci Kolam Renang)
- 221006 (Membersih Pantai/Sungai/Terusan/Empangan/Tasik)
- 221010 (Kolam Kumbahan/Sistem Perawatan/Talian Paip/Sesalur)
- 221101 (Kakitangan Iktisas (Professional) - Tidak termasuk Khidmat Perundingan
- 221102 (Kakitangan Separa Iktisas (Semi Professional) - Tidak termasuk Khidmat Perundingan
- 221104 (Tenaga Buruh)
- 221109 (Menyelam (Drving Service)
- 221110 (Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator/Negotiator)
- 221112 (Malim Kapal)
- 221303 (Fotografi)
- 221401 (Bangunan/Hiasan Dalaman (tidak termasuk perlanskapan dan seni taman)
- 221402 (Hiasan Jalan/Kawasan 9tidak termasuk pelanskapan dan seni taman)
- 221506 (Bangunan/Pejabat/Stor/Ruang Niaga/Ruang Kediaman)
- 222004 (Penulisan Semua Jenis Penulisan)
- 222005 (Mereka Cipta Dan Seni Halus)
- 222006 (Penterjemahan)
- 222301 (Solekan)
- 222303 (Membekal Air)
- 222304 (Pengurusan Jenazah Dan Kelengkapan)
- 222401 (Menjahit Bukan Pakaian)
- 222402 (Menjahit Pakaian dan Kelengkapan)
- 222403 (Baik Pulih Kasut Dan Barangan Kulit)
- 222503 (Homestay)
- 222104 (Pertanian/Tanaman/Ladang/Taman/Hutan dan Ladang Hutan)
- 222106 (Sumber Air)
- 222107 (Tatahias Haiwan)
- 221308 (Dokumentasi Dari Panduarah)
Kesimpulannya, pemohon lesen kewangan di bawah Kementerian Kewangan (MOF) perlu memahami dengan teliti tentang kod bidang yang ingin dipohon serta memastikan pematuhan terhadap semua syarat dan prosedur permohonan yang ditetapkan. Dengan pelbagai pilihan kod bidang yang boleh dipohon, pemohon perlu membuat keputusan yang bijak berdasarkan jenis perniagaan yang dijalankan. Sebagai penasihat perniagaan, NNS BUSINESS MANAGEMENT bersedia untuk memberikan bantuan dalam pemilihan kod bidang yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda.
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar dengan kami boleh terus hubungi nombor di bawah ⇓⇓
https://wa.me/60193350299 ( ALYA )
https://wa.me/60182401892 ( NADIA )