KURSUS KESELAMATAN (SICW)

Kursus Keselamatan (SICW) adalah kursus kesedaran keselamatan dan kesihatan terhadap

pekerja binaan yang dibangunkan oleh CIDB. Tujuan Kursus ini diwujudkan adalah untuk memberi pengetahuan dan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan kepada individu yang bekerja di tapak pembinaan. Kursus Keselamatan ini dijalankan secara bersemuka di antara peserta dan pengajar. Di samping itu, Kursus ini akan diadakan pada institusi latihan yang diiktiraf oleh CIDB sahaja.

PESERTA

  • Merujuk kepada syarat peserta yang boleh menyertai Kursus Keselamatan ini adalah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas dan bagi pekerja asing yang boleh menyertai Kursus ini adalah yang mempunyai permit dalam skor pembinaan.
  • Kursus ini juga terbuka kepada orang awam yang ingin menambah pengetahuan tentang keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Walaupun hadir ke kursus tersebut, tak bermakna peserta layak untuk mendapatkan Pendaftaran Personal Binaan CIDB

PENGAJAR

  • Pengajar merujuk kepada individu yang mengajar Kursus Keselamatan SICW dan bernaung di bawah Pusat Latihan Bertauliah CIDB ( PLB )

Rujukan dari website: https://www.cidb.gov.my/ 

Kursus Keselamatan ini mempunyai beberepa kelebihan antaranya ialah :

  • Dapat meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja yang bekerja di tapak pembinaan supaya mengamalkan cara kerja yang selamat dalam menghadapi pelbagai risiko dan bahaya ketika melakukan aktivti di tapak pembinaan.
  • Dapat mengurangkan kemungkinan kecederaan ke atas pekerja yang berada di tapak pembinaan beserta orang awam.
  • Dapat mewujudkan budaya keprihatinan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan ketika berada di tapak pembinaan.

PENTING 

KURSUS INI ADALAH SYARAT WAJIB UNTUK DIHADIRI BAGI PEKERJA PERSONAL BINAAN UNTUK MENDAFTAR KAD HIJAU

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang Kursus Keselamatan (SICW) ini boleh terus HUBUNGI kami atau untuk info lanjut anda boleh mengikuti akaun facebook kami seperti yang tertera di bawah ini ⇓⇓

https://www.facebook.com/NNS.Management