Penting ke untuk syarikat kontraktor berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) ? ketika ingin melaksanakan
kerja-kerja pembinaan. Dalam tak sedar banyak syarikat yang memandang remeh untuk mendaftar dengan CIDB secara sah. Ini kerana, kebanyakkan syarikat mengigatkan bahawa pendaftaran lesen CIDB ini hanya diperlukan bagi mana-mana syarikat yang ingin memasuki tender-tender kerajaan. Seterusnya, bagi syarikat yang hanya menjalankan kerja-kerja pembinaan swasta dan persendirian tidak mengambil endah tentang hal ini. Oleh disebabkan hal itu, ada terjadi beberapa kes dimana pembinaan rumah tidak diteruskan dan terbengkalai menyebabkan tuan rumah tidak boleh mengambil tindakan ke atas syarikat kontraktor tersebut kerana syarikat mereka tiada dalam sistem pendaftaran kontraktor.
Oleh itu, mengikut garis panduan kontraktor yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunaan Industri Pembinaan (CIDB) yang dikuatkuasakan pada 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520). Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan.
Rujukan dari website https://www.cidb.gov.my/
SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (MEMPERAKUI BAHAWA SYARIKAT KONTRAKTOR TELAH BERDAFTAR DENGAN CIDB SECARA SAH)
SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (WAJIB DIMILIKI BAGI SYARIKAT KONTRAKTOR YANG INGIN MEMASUKI TENDER-TENDER KERJAAN)
SIJIL TARAF BUMIPUTERA (SIJIL INI MELAYAKKAN SYARIKAT KONTRAKTOR UNTUK MEMASUKI TENDER-TENDER KHAS BUMIPUTERA)
RUMUSAN