KURSUS INTEGRITI & PENGURUSAN BISNESS

Nama panjang bagi Kursus Integriti adalah Kursus Integriti & Kod etika. Tujuan Kursus ini diwujudkan adalah untuk

meningkatkan etika kontraktor dan kecekapan pengurusan. Kemudian mereka boleh meletakkan prinsip integriti pada setiap kontraktor dalam setiap aspek, seperti keselamatan, kualiti dan profesionalisme. Melalui kursus ini, kontraktor juga boleh meningkatkan kualiti kerja pembinaan dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, CIDB ingin memberi kesedaran kepada semua kontraktor agar sentiasa membudayakan amalan etika dan integriti. 

CONTOH SIJIL KURSUS INTEGRITI DAN KOD ETIKA

 

 

Pengurusan bisnes atau lebih dikenali sebagai Program Latihan Pengurusan Kontraktor (SKP) adalah program yang diwujudkan oleh CIDB untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan kontraktor di dalam industri pembinaan Malaysia. Oleh itu, program ini memberi inspirasi kepada kontraktor dan kakitangan mereka untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kursus ini hanya dilaksanakan oleh Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLB) yang berdaftar dengan CIDB.

 

CONTOH SIJIL PENGURUSAN BISNES

 

 

PERINGATAN

2 KURSUS INI DIWAJIBKAN BAGI KONTRAKTOR YANG INGIN MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERTAMA KALI BAGI LESEN CIDB 

 

Secara kesimpulanya, Kursus Integriti & Kod Etika serta pengurusan bisnes atau Program Latihan Pengurusan Kontraktor (SKP) yang diperkenalkan oleh CIDB adalah inisiatif yang penting dalam meningkatkan integriti, etika, dan kemahiran dalam industri pembinaan Malaysia. Dengan mendorong kesedaran dan pembudayaan amalan yang baik, industri pembinaan Malaysia dapat terus berkembang dan memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

Jika anda ingin mengetahui tentang info lanjut, boleh mengikuti akaun FACEBOOK kami atau jika anda ingin mendaftar boleh terus HUBUNGI kami.