KELEBIHAN E-PEROLEHAN

Dalam era digital yang semakin canggih ini, sistem E-perolehan menawarkan pelbagai kelebihan. Melalui penggunaan 

platform elektronik, proses perolehan barang dan perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien, tepat, dan telus. Kelebihan-kelbihan ini bukan hanya memberi manfaat kepada syarikat tetapi juga kepada penyediaan barangan dan perkhidmatan serta masyarakat secara keseluruhnanya.

 

ANTARA KELEBIHAN-KELEBIHAN E-PEROLEHAN ADALAH :

  1. Sistem yang efisen : E-perolehan mengurangkan keperluan untuk proses manual yang melibatkan banyak dokumen fizikal dan waktu yang panjang. Oleh itu, Penggunaan platform elektronik membolehkan proses perolehan dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah, mengurangkan kesilapan dan meningkatkan kecekapan operasi. Selain itu, pengiklanan produk dan perkhidmatan menjadi lebih murah dan pantas, lantas menggalakan peningkatan di dalam kuantiti pembelian.
  2. Pengurangan Kos : E-perolehan mengamalkan konsep "paperless" atau bebas kertas. Oleh itu, syarikat dapat mengurangkan kos yang berkaitan dengan proses tradisional seperti pencetakan, penghantaran, dan penyimpanan dokumen fizikal. Pengurangan kos ini dapat memberikan impak yang positif pada sumber kewangan syarikat dan dapat juga menjimatkan masa.
  3. Kemudahn Interaksi : Dengan sistem ini ia dapat memudahkan pembekal untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan pihak kerajaan pada bila-bila masa sahaja.
  4. Membuka Peluang : Memberi peluang kepada syarikat untuk mempelajari konsep perniagaan di dalam talian secara lebih mudah dengan menggunakan sistem e-perolehan sebagai platform perniagaan.

(Rujukan daripada laman web e-perolehan)

 

PENUTUP

Dengan kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan, jelaslah bahawa sistem e-perolehan bukan sekadar sebuah inovasi teknologi, tetapi juga sebuah solusi yang efisien dan bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan perolehan dalam era digital ini. Diharapkan, penggunan e-perolehan akan terus berkembang lebih maju untuk masa akan datang.

 

Untuk mengetahui tentang info lanjut atau anda ada sebarang pertanyaan boleh klik nombor di bawah ⇓⇓ dan kami akan terus membantu anda.

https://wa.me/60193350299 (ALYA)

https://wa.me/60182401892 (NADIA)