PROGRAM MICRO COMPETITIVENESS RATING FOR ENHANCEMENT (MCORE)
Sebelum ini CIDB telah melaksanakan program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) bagi gred 2 hingga gred 7. Oleh disebabkan
SCORE hanya menilai gred 2 hingga 7, CIDB melancarkan lagi satu program yang dikhaskan untuk menilai Kontraktor Gred 1 iaitu program Micro Competitiveness Rating For Enhancement (MCORE). MCORE-CIDB dilaksanakan terhadap kontraktor tempatan G1 untuk menilai keupayaan kontraktor melalui analisa terhadap jawapan-jawapan yang diberikan oleh kontraktor terhadap 4 parameter yang ditetapkan. Pemegang lesen G1 WAJIB mempunyai MCORE untuk Pembaharuan lesen CIDB G1.
4 parameter yang ditetapkan itu ialah :
- Keupayaan Kewangan
- Keupayaan Teknikal
- Keupayaan Bisnes
- Pengurusan Perniagaan
Terma dan syarat berikut mesti dipenuhi oleh kontraktor dalam permohonan untuk MCORE :
- Semua kontraktor G1 yang telah berdaftar dengan CIDB dan tidak dikenakan apa-apa tindakah oleh CIDB boleh memohon MCORE ini.
- Kebenaran untuk syarikat kontraktor mengemukan rayuan terhadap keputusan MCORE adalah dalam satu bulan dari tarikh surat keputusan dikeluarkan, dan Lembaga akan mengenakan yuran untuk proses permohonan rayuan berniali RM 300.00. Sebarang rayuan yang dibuat selepas tempoh tersebut tidak akan diambil kira. Keputusan MCORE berikutan permohonan adalah ideal.
- Hanya permohonan baru boleh diterima selepas tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh surat keputusan dihantar.
- Pihak Lembaga mempunyai kuasa untuk menjalankan pemeriksaan premis atau tapak bina atau menghubungi syarikat kontraktor ke Pejabat CIDB untuk menjalankan sesi Semakan Pematuhan Kontraktor (CCA) untuk membuktikan kesahihan maklumat yang diberikan.
- Selepas surat keputusan dikeluarkan, kontraktor boleh mencetak Sijil MCORE secara maya melalui laman sesawang CIDB secara percuma.
- Sekiranya, pengisytiharan dibuat melebihi kemampuan sebenar kontraktor, kontraktor tersebut boleh dikenankan tindakan.
Rujukan dari https://www.cidb.gov.my
Contoh Sijil MCORE CIDB
Objektif MCORE CIDB
- Untuk memberikan Kontraktor G1 menilai keupayaan syarikat daripada 4 parameter tersebut
- Untuk membangunkan industri yang mengenal tahap keupayaan kontraktor G1
- Melahirkan Kontraktor G1 yang berkeupayaan dan berkaliber
Jika berminat dengan info-info seperti ini, anda boleh follow akaun facebook kami, boleh KLIK disini atau anda boleh HUBUNGI kami.