TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR

1. KONTRAKTOR TEMPATAN 

  i. Syarat-syarat kontraktor tempatan

  • Pihak Lembaga mempunyai hak mengkaji semula gred pendaftaran lesen kontraktor dari masa ke semasa.
  • Lesen CIDB yang dikeluarkan tidak boleh dipindah milik.

  ii. Tanggungjawab kontraktor tempatan

  • Para kontraktor hendaklah mematuhi setiap peruntukan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 ("AKTA 520") (PINDAAN 2011).
  • Kontraktor hendaklah mengemukan segala maklumat yang dikehendaki oleh pihak Lembaga dari masa ke semasa. 
  • Para kontraktor mestilah mempamerkan lesen CIDB yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga atau salinan lesen yang diperakui di tempat perniagaannya. 
  • Para kontraktor hendaklah mempamerkan nombor pendaftaran di setiap tapak pembinaan pada atas papan tanda. 
  • Kontraktor tidak boleh menjalankan apa-apa kerja pembinaan atau menyertai mana-mana tender selepas tamat tempoh perakuan.
  • Kontraktor tidak boleh menjalankan apa-apa projek pembinaan di luar kategori pendaftaran dan tidak boleh membina apa-apa projek pembinaan yang melebihi nilai kerja yang dinyatakan di bawah gred pendaftaran.
  • Semua pekerja yang berada ditapak pembinaan perlulah mempunyai Kad Personel Binaan yang masih aktif.
  • Kontraktor hendaklah melantik pekerja binaan mahir dan penyelia tapak yang diperakui oleh pihak Lembaga.
  • Para kontraktor perlulah mematuhi segala prinsip yang dinyatakan dalam Buku Kod Etika Kontraktor CIDB. 
  • Para kontraktor perlulah memastikan produk atau bahan binaan yang digunakan adalah berdasarkan kehendak MS (Malaysia Standard) atau standard lain yang diluluskan oleh pihak berkuasa dan diperakui oleh pihak Lembaga. 

 

 

Kami adalah syarikat perunding dan pengurusan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pendaftaran lesen syarikat. Tawaran sebut harga percuma dan menarik.

Sila Hubungi

 
019-335 0299

NNS Business Management adalah syarikat konsultan, perunding dan pengurusan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan servis pendaftaran serta pembaharuan lesen CIDB, MOF dan Kad Hijau kepada kontraktor atau syarikat secara Profesional.

Facebook : NNS.Management / Lesen Kontraktor Murah
TikTok : NNSManagement
© Copyright NNS Business Management