KAD HIJAU CIDB

Kad Hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB untuk individu

yang bekerja atau berada di tapak pembinaan. Kad Hijau ini juga mempunyai nama-nama yang lain seperti:

  • Kad Personel Binaan
  • Kad CIDB
  • Green Card
  • CIDB Individu

Semua ini berkaitan dengan kad yang sama tetapi ia lebih dikenali sebagai Kad Hijau. Jika ingin mendaftar Kad Hijau anda perlu menyertai Kursus Keselamatan (SICW). Kad ini tidak boleh dipindah milik atau disimpan oleh individu lain yang tidak berkenaan selain nama yang ada di dalam kad tersebut.  

Antara Kelebihan Kad Hijau adalah :

  •  Layak menerima perlindungan di bawah pelan Takaful Personal Binaan berkelompok CIDB
  •  Perlindungan Takaful adalah dalam tempoh 24 jam. Bermakna perlindungan yang diberikan bukan hanya pada waktu bekerja.
  •  Jika berlaku kematian akibat kemalangan pada pemegang Kad Hijau, CIDB akan memberi bayaran pampasan sebanyak RM 21,000 kepada waris pemegang Kad   tersebut.                                                                                                                                                                                    

 

Contoh Kad Hijau CIDB 

 

Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520) 1994:

1. Pendaftaran Personel Binaan, Seksyen 33(1):
Seseorang tidak boleh terlibat, atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat, atau diambil sebagai personel binaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.

2. Pemerakuan Penyelia Tapak Binaan dan Pekerja Binaan Mahir, Seksyen 33A(1):
Tiada penyelia tapak binaan atau pekerja mahir boleh terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika dia diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawak Akta ini.

Rujukan daripada website https://www.cidb.gov.my/

 

INFO:

SEMUA INDIVIDU YANG BEKERJA DI TAPAK PEMBINAAN WAJIB MEMPUNYAI KAD HIJAU, JIKA TIDAK DAFTAR KAD HIJAU ATAU TIDAK MEMPUNYAI KAD HIJAU AKAN DIKENAKAN KOMPAUN SEBANYAK RM 5000 

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar kad hijau dengan NNS BUSINESS MANAGEMENT anda boleh hubungi nombor di bawah ⇓⇓

https://wa.me/60193350299 ( ALYA )

https://wa.me/60182401892 ( NADIA )