Lesen Kewangan atau dikenali sebagai MOF adalah singkatan daripada Ministry Of Finance. Ia nya merupakan satu sijil
yang PERLU dimiliki oleh semua pembekal atau kontraktor bagi memohon tender-tender di bawah kerajaan. Tanpa mendaftar Lesen MOF ini pembekal atau kontraktor tidak dibenarkan untuk memohon mana-mana tender kerajaan. Lesen Kewangan MOF mempunyai dua jenis Sijil, yang pertama adalah Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dan yang kedua ialah Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera ini digunakan untuk memohon tender-tender khas Bumiputera sahaja. Dengan mempunyai Lesen Kewangan ini membuktikan anda telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia secara sah.
Contoh Lesen Kewangan MOF - Sijil Akaun Pendaftaran Syarikat
Contoh Lesen Kewangan MOF (BUMIPUTERA) - Sijil Akaun Pendaftaran Syarikat Bumiputera
Manfaat memiliki Lesen Kewangan MOF
- Dapat menjual produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia
- Kaedah pemasaran yang lebih mudah seperti penggunaan secara online serta terbuka dengan menggunakan portal https://www.eperolehan.gov.my/
- Dapat kepercayaan yang lebih tinggi kerana anda telah mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia
Rumusan
Dengan memiliki Lesen Kewangan MOF, pembekal atau kontraktor telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk terlibat dalam tender-tender di bawah kerajaan. Lesen ini tidak hanya membolehkan mereka memohon tender-tender kerajaan, tetapi juga tender-tender khas Bumiputera. Dengan Lesen Kewangan MOF, mereka dapat menjual produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia dengan lebih mudah, melalui platform online seperti E-Perolehan.
Jika anda berminat untuk mendaftar Lesen Kewangan MOF ini anda boleh HUBUNGI kami segera !! atau boleh mengikuti akaun media sosial kami seperti Facebook, Instagram dan Tiktok seperti yang tertera di bawah ⇓ untuk mengetahui tentang info lanjut.
https://www.facebook.com/NNS.Management/