Sijil Perakuan Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerjaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB)
Sijil hendaklah dicetak sendiri oleh pemohon secara atas talian di sistem CIMS. Serahan sijil tidak akan dibuat dikaunter CIDB negeri atau cawangan. Bagi permohonan untuk mendapatkan sijil pendua atau cetakan semua sijil disebabkan hilang atau rosak, pemohon boleh mencetak sendiri secara atas talian tanpa sebarang caj bayaran.
- Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) hanya boleh dicetak melalui atas talian setelah membuat pembayaran yuran pendaftaran.
- Sijil Perolehan Kerja Kerajan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) hanya boleh dicetak melalui atas talian setelah permohonan diluluskan. Bagi sijil SPKK dan STB tiada yuran pendaftaran dikenakan.
Ini adalah contoh sijil PPK, SPKK dan STB yang dicetak melalui atas talian. Bagi memastikan ciri-ciri keselamatan didalam sijil dipelihara. Setiap sijil akan diletakkan dengan QR code. Maklumat didalam QR code boleh dibaca dengan membuat imbasan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi QR code reader.
PPK-Perakauan Pendaftaran Kontraktor, sijil ini memperakui anda adalah kontraktor yang sah dan berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.
SPKK-Sijil Perolehan Kerja Kerajaan, sijil ini melayakkan anda untuk menyertai tender kerajaan dan merupakan sijil yang diperlukan jika anda ingin mohon tender yang berkaitan dengan kerajaan.
STB-Sijil Taraf Bumiputera, melayakkan syarikat memohon tender yang khas untuk syarikat bumiputera.
Berminat nak daftar lesen CIDB? Hubungi kami sekarang ⇓
https://wa.me/60193350299 (Alya)
https://wa.me/60182401892 (Nadia)