PENDAFTARAN LESEN CIDB

JENIS-JENIS PERMOHONAN PENDAFTARAN LESEN CIDB

Jenis-jenis permohonan adalah seperti berikut:

1). PERMOHONAN PENDAFTARAN BARU

Syarikat yang belum mempunyai pendaftaran dengan CIDB perlulah membuat pendaftaran baru untuk mendapatkan lesen. Kontraktor akan didaftarkan mengikut kategori, gred, dan pengkhususan yang layak. Syarikat perlu mematuhi kriteria dan syarat-syarat permohonan pendaftaran. Tempoh penggunaan pendaftaran baru adalah selama DUA TAHUN.

2). PERMOHONAN PEMBAHARUAN 

Bagi melanjutkan tempoh perakuan pendaftaran, syarikat perlu membuat pembaharuan pendaftaran. Permohonan pembaharuan boleh dibuat sekurang-kurangnya seratus dua puluh hari sebelum tarikh luput Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK). Syarikat boleh membuat pembaharuan pendaftaran satu hingga tiga tahun bergantung kepada jumlah mata CCD yang terkumpul. Pihak CIDB berhak untuk membuat penilaian semula gred/kategori/pengkhususan pendaftaran kontraktor sedia ada berdasarkan dokumen atau maklumat yang diisytiharkan semasa pembaharuan. Permohonan pembaharuan perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Menghadiri dan lulus Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor
  • Menghadiri dan lulus Kursus Pengurusan Bisnes (SKP)
  • Memenuhi jumlah mata CCD yang diperlukan

3). PENDAFTARAN SEMULA 

Permohonan pembaharuan yang dibuat selepas tarikh luput perakuan pendaftaran akan membuat pendaftaran semula. Syarikat perlu bebas daripada tindakan tatatertib dan mematuhi kriteria dan syarat-syarat pendaftaran. Tempoh pendaftaran boleh dilakukan diantara satu hingga tiga tahun bergantung kepada mata CCD yang terkumpul. Pihak CIDB berhak untuk membuat penilaian semula gred/kategori/pengkhususan pendaftaran kontraktor sedia ada berdasarkan dokumen atau maklumat yang diisytiharkan semasa pendaftaran semula.

4). KEMASKINI MAKLUMAT PENDAFTARAN 

Kontraktor boleh membuat pengemaskinian maklumat pendaftaran yang dikemukan seperti:

  • Gred
  • Maklumat Personel Teknikal/Orang Kompeten/Sijil Agensi
  • Kemaskini Modal/Pemegang Saham
  • Kategori/Pengkhususan

5). KEMASKINI MAKLUMAT SYARIKAT 

Para kontraktor perlu memaklumkan kepada CIDB jika terdapat apa-apa perubahan maklumat mengenai syarikat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perubahan tersebut. Kontraktor boleh dikenakan tindakan dibawah seksyen 39 Akta 520 (Pindaan 2011) dan denda tidak melebihi RM5,000 sekiranya tidak memaklumkan perkara ini. 

6). PERMOHONAN PEMBATALAN PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR 

Syarikat yang ingin membuat pembatalan Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang masih sah pendaftaran, perlu mematuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Pembatalan Perakuan Pendaftaran Kontraktor hanya boleh dimohon oleh pemilik atau pengarah syarikat. Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan daripada syarikat kepada pihak CIDB. Syarikat yang mempunyai lebih dari seorang pemilik atau pengarah, perlu memberikan kebenaran bertulis dari semua pemilik atau pengarah. Permohonan perlu disertakan bersama dengan salinan kad pengenalan semua pengarah atau pemilik syarikat. 
  • Sekiranya syarikat memiliki Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) secara automatik sijil-sijil tersebut akan dibatalkan juga. Bagi gred G1 Bumiputera tiada permohonan baru untuk G1 SPKK dan STB. Sekiranya syarikat ingin mendaftar sijil SPKK dan STB. Syarikat perlu membuat permohonan baru iaitu gred G2 dan ke atas.
  • Tiada sebarang transaksi yang masih belum dijelaskan di dalam akaun CIMS.
  • Bebas daripada sabitan tindakan tatatertib atau mahkamah semasa membuat permohonan.
  • Syarikat tidak dijadualkan untuk di audit CCA (Semakan Keputusan Kontraktor) oleh pihak CIDB.
  • Tiada sebarang tunggakan bayaran sama ada levi, yuran dan lain-lain bayaran yang belum dijelaskan. 

 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut ⇓

https://wa.me/60193350299 (Alya)

https://wa.me/60182401892 (Nadia)